Ahad lepas, adik sahabat saya ini telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Saya tidak dapat menyelami perasaan mereka ketika itu kerana hanya abang dan adik yang menjadi tuan rumah yang sibuk pada hari itu, bukan ibu ayah yang telah kembali ke Rahmat Allah yang menyambut hulur salam tetamu.
Saya hanya mengikuti perkembangan adik-adik Hifzana ini dari jauh. Semoga kalian dapat menjaga pertalian persaudaraan ini sehingga ke akhir hayat. Jangan ada hasad dan dengki antara kamu kerana ianya adalah pembunuh utama persaudaraan.
Selamat pengantin baru buat Hifzaila & Fairos. Bertolak-ansur dan bersabar di dalam rumahtangga itu perlu. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?