Adik sangat teruja mendapat stiker ketika majlis sambutan hari lahir kawannya. Sebelum ini dia pernah meminta untuk dibelikan stiker itu, tetapi saya masih menangguhkannya. Tup-tup ketika pulang dari taskanya, sewaktu melangkah masuk ke kereta, dengan cerianya dia memberitahu dia mendapat stiker tersebut.
Saya katakan kepadanya, "Adik kena solat dhuha lagi. Nanti kalau adik nak apa-apa pun, dapat"
"Kita dapat di syurga ke Ummi?"
"Tak lah, di dunia pun boleh dapat. Tengok, adik kan nak stiker penguin, itu dapat kawan adik bagi. Percuma lagi, tak perlu ummi beli lagi."
Adik mengangguk-ngangguk. Adik sangat teruja ingin melekatkan ke dinding biliknya dan kakak. Di taskanya, ketika pagi sememangnya anak-anak ini melakukan solat sunat dhuha sebelum memulakan pelajaran mereka pada hari itu.
lagi hadiah sempena hari lahir kawannya
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?