Ya... bukan mudah untuk mengendalikan konferensi atau persidangan antarabangsa bagi orang 'biasa-biasa' seperti saya (mungkin bagi orang lain mudah saja). Jika tidak kerana mempunyai sahabat dan rakan-rakan sejabatan yang amat dedikasi, mustahil, program berskala besar seperti ini dapat dijayakan. Semakin hampir harinya, semakin terasa beban batu digalas semakin memberat di bahu saya.
Walaupun ada ketikanya rasa tertekan, tetapi kerana yakin dengan
keputusan yang telah dibuat dengan istikharah itu, saya cuba redha dan
yakin dengan setiap rintangan yang datang, dan cuba sedaya upaya
mencari jalan penyelesaiannya. Tempat saya mengadu hanya Dia, tempat
pergantungan saya. Alhamdulillah,surah Al-Insyirah ini sentiasa menjadi ayat penenang saya :
Bismillahi
al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
94-1: Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dada engkau?
94-2: Dan Kami (Allah) lepaskan beban yang berat daripada engkau?
94-3: Yang memberatkan punggung engkau.
94-4: Dan Kami (Allah) telah tinggikan bagi engkau sebutan (nama) engkau.
94-5: Maka
sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.94-1: Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dada engkau?
94-2: Dan Kami (Allah) lepaskan beban yang berat daripada engkau?
94-3: Yang memberatkan punggung engkau.
94-4: Dan Kami (Allah) telah tinggikan bagi engkau sebutan (nama) engkau.
94-6: Sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.
94-7: Maka apabila kamu telah selesai (suatu urusan), teruskanlah (dengan urusan yang lain pula).
94-8: Dan hanya kepada Rab (Tuhan) engkau hendaknya engkau berharap.
Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan orang 'bukan biasa-biasa' (yang berjawatan tinggi), mereka begitu mudah bekerjasama, serta kedengarannya tidak meninggi diri. Sesungguhnya pengalaman ini tidak dapat diperolehi dari pembelajaran di kelas, melainkan kita melaluinya sendiri. Sedikit sebanyak, ianya membina keyakinan diri saya untuk berurusan dengan ahli akademik yang lebih tinggi jawatannya.
Sepanjang perjalanan ini, saya sangat terhutang budi dengan orang di sekeliling yang banyak membantu saya mengendalikan program ini. Terima kasih semua.
Persediaan cabutan bertuah
antara hadiahnya, ada lagi yang belum dibungkus
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?