~~~~***~*~**~****~**~*~***~~~~
Alhamdulillah, adik sudah kebah dari demamnya semalam. Selama dua malam meracau-racau, entah apa yang mengganggu tidur adik. Sekejap-sekejap bangun duduk dan menangis. Di samping ubat, suami turut membuat air tawar untuk minum dan juga disapu di kepala. Semalam, dapat tidur dengan aman.
Sewaktu ingin ke klinik panel pada hari raya ke-4, kami terpandang sebuah klinik homeopati dan rawatan alternatif berhampiran. Kebetulan pula klinik panel itu tutup, saya terus mencadangkan ke klinik tersebut. Alang-alang perlu membayar, tidak perlu ke klinik bukan panel yang selalu dikunjungi, entah buka atau tidak.
Kali ini kami mencuba rawatan alternatif dengan homeopati pula berbanding ubat moden. alhamdulillah.
Selamat Hari Malaysia..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya.. Moga pulih kesihatan adik saya doakan..
Terima kasih Jamal. Selamat Hari Raya juga. Adik sudah sembuh sepenuhnya Alhamdulillah.
ReplyDelete