Perancangan hari raya ketiga yang tidak menjadi gara-gara adik demam. Sepagian pusing sekitar bandar Alor Setar mencari klinik. Kebanyakan klinik yang ditemui, tutup. Akhirnya, hanya dapat Kool Fever di farmasi, untuk ditepek di dahi bagi menurunkan suhu badan.
Aktiviti mereka,
bermain kucing
batu seremban
Dan sewaktu pusing sekitar Alor Setar itu jugalah kami terpandang banner pemberitahuan air pancut berirama. Apa lagi, memandangkan seharian tiada aktiviti apa-apa, malam itu selesai solat maghrib, kami bergerak dengan 3 kereta menuju ke Taman Jubli Emas. Pertunjukan ini dari 10 - 16 September, jadi, bagi warga sekitar Alor Setar, masih berkesempatan untuk berkunjung ke sana. Ianya bermula jam 8.30 malam.
Menghiburkan.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?