Perjalanan di teruskan ke destinasi rumah yang ke 4 dan 5 di Nami. Suasana redup mengiringi perjalanan kami yang melalui ladang getah di kiri kanan jalanraya.
Jam melewati angka 12 ketika kami singgah sebentar di Masjid Naka untuk melepaskan lelah. Ramai juga 'penembak' dengan kamera moncong yang agak panjang dengan pelbagai aksi merakamkan gambar masjid Naka yang agak besar ini. Gambar saya biasa-biasa saja.
Sebelum kami ke rumah kecil di atas bukit, kami dikumpulkan di dalam satu majlis ringkas penyerahan sumbangan kepada 15 keluarga susah serta 15 keluarga warga emas. Mereka ini dikumpulkan untuk memudahkan pengagihan sumbangan kerana jika hendak singgah ke semua rumah, agaknya sehingga soq (sahur) pun tidak sempat (memetik kata urusetia).
sumbangan yang sedang dikumpulkan
penerima sumbangan bersama penyumbang
Selesai memberi sumbangan berkelompok, kami bergerak menuju ke atas bukit untuk memberi sumbangan kepada dua rumah lagi. Rumah ini didiami oleh seorang ibu tunggal bersama anaknya. Ibu tunggal ini turut menjaga bapanya dan neneknya di rumah berhampiran.
memanjat bukit kecil dengan barang sumbangan
rumah ibu tunggal
suasana di dalam rumah ibu tunggal
wakil warga kilang menyampaikan sumbangan
rumah bapa
rumah nenek
Beberapa meter dari rumah ini, kami singgah di rumah berdindingkan buluh yang didiami oleh penoreh getah bersama isteri dan tiga anak kecil.
Ketika menapak ke kereta masing-masing, saya sempat berbual dengan salah seorang warga kilang yang masih tidak mempercayai di zaman serba canggih ini, masih ada yang tinggal di rumah yang berdindingkan buluh dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti elektrik. Jika tidak berjalan, sememangnya kita tidak mengetahui.
- bersambung -
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?