Selesai sesi sumbangan di Nami, kami bergerak ke Kg Bendang Raja, Kubur Panjang. Kami singgah di sebuah masjid kecil (tidak pasti namanya) untuk bersolat. Sepanjang perjalanan, ada lagi dua buah rumah 'touch n go' di mana sekretariat hanya berhenti dan menyampaikan sumbangan sahaja, tanpa ahli konvoi singgah di rumah tersebut.
Perjalanan ke Kg. Bendang Raja melalui jalan yang dikelilingi ladang getah sebelum tiba ke kawasan bendang (sawah).
Rumah keenam yang disinggahi adalah rumah milik warga emas yang memelihara 3 orang cucu mereka yang yatim-piatu. Tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi dari mereka kerana masa yang suntuk.
Perjalanan melalui jalan tanah merah untuk ke rumah mak lang, rumah terakhir yang kami singgahi untuk program masuk kampung ini.
Mak lang tinggal di pondok ini sambil menjaga dua anaknya. Salah seorang anak mak lang mengalami gangguan jiwa.
sumbangan dari wakil warga kilang
wajah bersih mak lang
Mak lang sudah berusia 70 tahun dan kelihatan masih cergas. Menurut mak lang, suaminya meninggal dunia ketika berusia 50 tahun dan beliau ketika itu 44 tahun. Dengan menggendong anak paling kecil yang berusia 3 tahun, dia menoreh getah untuk menyara hidupnya sekeluarga.
Pastinya kini, malam di rumah mak lang akan diterangi oleh lampu yang telah dipasang oleh beberapa orang peserta konvoi dan mak lang dapat memasak menggunakan dapur gas berbanding dapur kayu di atas tanah yang digunakan sebelum ini.
Peserta konvoi dari UiTM bergambar kenangan dengan mak lang
peserta konvoi yang masih setia sehingga ke akhir program
meriah
habis anak ayam mak lang dikerjakan budak-budak ini
Kami bertolak pulang dari rumah mak lang sekitar jam 5.15 petang. Pengalaman yang amat berbekas di hati. Saya kagum melihat ada peserta konvoi yang turut membawa anak kecil 1 - 2 tahun yang tidak mengerti apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka meredah kepanasan menuju ke rumah-rumah penerima sumbangan. Semoga generasi ini menjadi pewaris kepada usaha yang telah dilakukan oleh mereka yang prihatin tentang kesusahan hidup masyarakat di sekeliling.
Baru baca blog tuan monier tadi. Mak Lang sudah meninggal dunia.
ReplyDeleteIya... Ramadhan lalu
ReplyDelete