Pagi-pagi raya kedua sudah bersiap-siap untuk pulang ke kampung (lebih kepada pinggiran bandar sebenarnya) suami. Sepetang berehat di rumah sambil-sambil makan kuih raya yang ada. Kunjungan pertama ke rumah mak long. Menu kami pada petang itu, mee goreng basah.
sedap
model kecil Auni yang petah
Selesai menghabiskan mee (tidak pula sampai habis sedulang mee), kami bergerak ke rumah mak su. Hai.. di KL sana sudah lengang, di sini pula yang jem nya. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sekitar 15 - 20 minit berlarutan selama berpuluh-puluh minit. Sabar sajalah.
dua pupu Auni dan Amira bermain
bakal model iklan ubat gigi - Adam - sentiasa ketawa riang di hadapan kamera
model yang hanya jadi penonton
'lone ranger' Husna - membawa diri di tepi kabinet
Ini yang ditunggu-tunggu. Tiada lilin, tiada pelita, lighter pun jadilah. Biras menjadi sponsor bunga api kepada budak-budak ini. Itupun jenuh menghidupkan api kerana angin sepoi malam yang tidak berapa sepoi itu. Nyaman juga berada di luar pada malam hari, sejuk dan dingin. Saya masih lagi terkial-kial mencuba kamera baru saya itu. Susah juga nak jadi photographer, berkeping-keping yang diambil, baru ada sekeping dua yang menjadi (bagi saya yang baru belajar ini). Kalau auto main petik-petik saja punatnya... hehehe.
Budak-budak sedang mengerumuni supplier nya...
Malamnya suhu badan adik naik sedikit. Hmm... alamatnya kita tidak berjalan ke manalah keesokkannya...
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?