Baru dapat memuatkan gambar-gambar raya. Agak lambat kerana kami berada di pinggiran bandar yang tahap capaian jalur lebarnya yang teramat kura-kuranya (signalnya asyik hijau saja, tidak biru). Giliran hari raya pertama di rumah mak saya kali ini.
bersama ibunda tercenta
keluarga abang yang kekurangan seorang.
Sudah besar panjang anak-anak buah saya ini, lebih tinggi dari saya terutamanya yang bujang berdua. Agak malu-malu ingin bersalam dengan mak saudara mereka ini. Sabar sajalah...
tiga serangkai yang tidak dapat dipisahkan
keluarga yang tidak berapa besar tetapi kecohnya seperti berpuluh orang (tanpa kakak dan abang ipar)
Ketika kecoh-kecoh sesi bergambar, kedengaran salam diberi. Cu sekeluarga dan juga mak cik sekeluarga datang berkunjung. Penuh rumah kecil kami, tetapi masih boleh memuatkan beberapa keluarga lagi. Menu pagi itu, nasi daging bersama air asam serta acar jelatah, ketupat nasi / palas bersama kuah rendang dan kuah kacang.
sesi kanak-kanak mengutip 'cukai'
keluarga kecil kami...
Selesai beraya di rumah, tiba pula untuk berkunjung ke rumah saudara yang lain. Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah mak lang saya. Makan lagi... bihun sup pula.
sepupu dan keluarga
ramai...
Sesudah kenyang, berkonvoi pula ke rumah mak ngah dan pak ngah. Ketika para lelaki bersolat jumaat, kami mengambil kesempatan makan-makan (lagi) dan juga bertukar-tukar cerita. Sekali-sekala berjumpa, riuh-rendah dibuatnya.
anak-anak bersama dua pupu mereka
Cak!
makan-makan, sembang-sembang
anak-anak saudara pupu
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?