Alhamdulillah... selesai sudah program masuk kampung yang dianjurkan oleh wargakilang.com yang turut disertai oleh kelab pensyarah uitmpp. Saya harus beri pujian kepada NGO ini di atas perlaksanaan program yang lancar serta tersusun. Inilah pertama kali saya menyertai program sebegini yang turut serta melihat kedaifan masyarakat di sekitar kita. Sebelum ini mudah untuk mengeluarkan sumbangan wang ringgit tetapi dengan acara sebegini lebih mendekatkan diri dengan golongan susah yang sebelum ini kita hanya lihat di kaca tv serta di paparan akhbar saja. Hati tersentuh melihat golongan yang masih berumahkan dinding buluh serta bertemankan cahaya lilin di zaman yang serba canggih dan IT ini. Tujuan utama saya menyertai program ini adalah untuk membawa anak-anak melihat kedaifan masyarakat di sekeliling dan berharap mereka lebih menghargai apa yang mereka kecapi sekarang ini. Sambil-sambil berziarah, saya bercerita pendek dengan kakak dan adik tentang kesusahan orang berbanding kesenangan yang kami miliki.
Ketika tiba di pusat pengumpulan barangan sumbangan di Kulim Hi Tech Park (KHTP) sekitar 8.30 pagi (termasuk waktu sesat hehehe), kagumnya saya melihat ramai yang berkumpul untuk sama-sama mengimarahkan program ini. Meriah. Terasa kehangatan semangatnya. Barang-barang sumbangan yang berupa barangan mentah dan lain-lain dikumpulkan mengikut bilangan rumah yang akan dikunjungi dan dimuatkan ke dalam satu kereta untuk satu rumah untuk memudahkan proses pengagihan.
barang sumbangan, banyak kan?
apa yang penting...kerjasama...
sebanyak 27 kereta yang berkonvoi
taklimat oleh urusetia
semoga sumbangan kami ini diterima di sisiMu ya ALlah...
"Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah beriman, "Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datang hari (Kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan". (Ibrahim : 31)
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?