Friday, September 3

Donut oh Donut

Kebiasaannya donut dibeli sahaja.  Ketika membeli barangan kering tempohari, ternampak instant yeast di rak pasaraya.  Hmm... tiba-tiba idea datang untuk membuat donut sendiri pula.  Yang paling teruja adalah anak-anak.  Secara jujurnya, saya sememangnya jarang membuat kuih di rumah, kerana kebiasaannya, kuih-muih akan dibekalkan oleh mak saya.  Kuih-muih mak sememangnya menjadi walaupun tanpa resepi.  Resepi mak cuma 'agak-agak' saja, tetapi, tetap sedap dimakan.  Itulah rahsia air tangan ibu.


Resepi donut ini saya ambil di sini.  Lembut dan gebu.  Pembantu peribadi sangat setia menanti sehingga donut selesai digoreng.  Itupun puas dikerah supaya menjauhi kuali minyak panas, bimbang jika terpercik minyak panas pula.  Dan ketika dicuba oleh 'pengkritik' terbaik - si adik - Alhamdulillah, menjadi juga donut saya. 


terlebih salutan gula

Update : 

Ada yang bertanyakan tentang resepi donut ini.  Saya copy dan paste ke sini untuk rakan-rakan.  Saya hanya buat separuh dari adunan dan kecil-kecil berbanding donut biasa.  Jadinya dapat banyak.

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut dengan icing semasa donut itu masih panas.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin