Thursday, September 2

Biskut Raya yang tidak sempat raya


Hujung minggu lepas, ketika singgah di Bakeri HPA, saya membeli kuih Arab Marble untuk kudapan selesai berbuka puasa.  Kakak dan adik puas 'merasa' kuih tersebut sehingga selapis dari tiga lapisan biskut yang ada sudah lenyap di dalam perut mereka.  Tiba-tiba kakak bersuara,

"Umi, boleh makan yang ini saja.  Yang lain-lain simpan untuk raya.", barangkali melihat hanya biskut itu saja yang ada di rumah.

"Makan je kalau nak makan, habis, beli lain", saya memberi lampu hijau.


Apalagi... sudahnya tinggal beberapa biji saja di dalam bekasnya.  Tidak mengapa, biskut ini sedia ada di bakeri itu dan boleh dibeli bila-bila masa saja.    

Baru-baru ini saya mendapat biskut raya percuma dari rakan yang saya buat tempahan biskut raya.  Sudah habis 20 keping biskut yang ada itu.  Sedap rasanya apabila masuk ke dalam mulut dengan rasa kacang badamnya.  Saya biarkan mereka merasa kerana kebiasaannya, pada hari raya, mereka jarang menyentuh biskut-biskut ini kecuali yang rangup seperti kerepek, maruku atau kacang.  Sudahnya, biskut-biskut itu akan dicari selepas hari raya juga. 


Beberapa jenis biskut raya yang sudah 'selamat' masuk ke perut adik dan kakak dan abah dan umi, tetapi masih berbaki untuk disimpan.  Biskut untuk mertua dan mak sudah diasingkan untuk mereka. 

Jejari Oat - disaluti susu tepung yang enak

balang biskut ini diangkut ke bilik tidur kakak dan adik

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin