Selesai lawatan rasmi ke Pahang, saya dan keluarga beralih angin ke Melaka. Kami tidak menempah bilik hotel untuk lawatan kedua ini, tetapi pilihan kali ini adalah 'homestay'. Agak sulit untuk mencari 'homestay' yang masih kosong memandangkan pada waktu yang sama sedang berlangsungnya SUKMA di Ayer Keroh. Alhamdulillah, rezeki kami berjaya mendapat 'homestay' di Taman Sri Krubong.
Sangat mudah berurusan dengan tuan rumah ini. Saya tidak keberatan menginap di sini lagi jika ingin berkunjung ke Melaka di masa akan datang kerana masih ada lagi tempat yang tidak dapat dikunjungi pada kunjungan pertama dan kedua.
Agak selesa menginap di 'homestay' jika bercuti bersama keluarga yang besar dan tidak perlu memikirkan tentang penambahan bilik serta kos yang mahal.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?