Dalam perjalanan dari Jengka ke KL, kami mengambil jalan melalui Genting Highlands. Sengaja mengubah angin ingin merasa kedinginan puncak tanah tinggi Genting ini. Bagi yang mabuk perjalanan, perlu beringat kerana jalan di sini sememangnya berbengkang-bengkok yang boleh mengundang pening kepala.
Sepanjang perjalanan mendaki, kelihatan kabus di sana sini. Sungguh nyaman dan tenang melihat muka bumi yang satu ini.
perjalanan mendaki
Kami berhenti di sini untuk menikmati pemandangan tanah tinggi
Awan di sana-sini
adik teruja melihat awan
bunga yang hampir layu
Berhenti bersolat di Masjid Jamek Yayasan Noh di atas puncak Genting Highlands, kami di'sambut' oleh seekor siamang yang rancak bergayut dari dahan ke dahan. Leka seketika memerhatikan aksi akrobatik si siamang. Agak sukar merakam aksi siamang yang pantas bergayut dari dahan ke dahan dan menghilangkan diri.
Masjid yang cantik dan bersih. Nyamannya terkena air yang sejuk di sini
Ketika kami sedang bersiap untuk balik, sekali lagi si siamang muncul dengan aksinya dan menghilangkan diri bergayut dari dahan ke dahan. Hanya seekor itu yang kelihatan. Tiada yang lain. Selamat tinggal Genting Highlands.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?