Sunday, June 27

Edit Gambar

Ada yang bertanya bagaimana saya mengecilkan saiz gambar untuk diletakkan ke dalam blog.  Saya menggunakan Photoscape.  Perisian percuma ini boleh didownload melalui internet.  Cuma google Photoscape dan mula download


Mudahnya Photoscape ini kerana kita boleh kecilkan saiz gambar dengan banyak sekaligus dengan menggunakan Batch Editor (bulat merah).  Menu-menu lain juga boleh digunakan untuk mengedit gambar.


Buka folder yang mengandungi gambar serta highlight gambar yang ingin dikecilkan saiz drag and drop ke dalam ruangan tengah yang kosong.  


Selepas gambar-gambar yang ingin dikecilkan saiznya, click pada home untuk pilihan mengecilkan saiz.  Saya gunakan 500 atau 600 untuk width.  Di bahagian itu boleh juga memilih frame apa yang ingin dipakai. 


Bahagian filter digunakan untuk mengedit gambar dari segi kecerahan, sharpness dan sebagainya.  Jika ingin menambah watermark nama blog anda, click bahagian object.  Anda boleh menambah gambar atau tulisan pada gambar anda. Selesai mengedit gambar, anda boleh save dengan menggunakan 2 cara, convert all (semua gambar) atau convert current photo (satu gambar terkini).  Keluar skrin begini dan pilihlah folder mana hendak disave kan gambar serta nama gambar tersebut. Nombor gambar mengikut turutan secara automatik.


Skrin yang menyatakan gambar-gambar sedang disave akan dipaparkan seperti ini.


Harap-harap ianya membantu.  Sedikit ilmu yang dapat dikongsi bersama pembaca sekelian.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin