Monday, June 28

Karnival Falak (1)

Hujung minggu lepas, Masjid berdekatan taman perumahan kami mengadakan Karnival Falak Pulau Pinang.  Anak-anak teruja melihat pameran oleh beberapa buah sekolah di sekitar Kepala Batas, Jabatan Mufti, Jabatan Pemetaan dan USM.  

"cepatla umi.."

ingat bola ke budak-budak ini

Pertama kali meneropong, adik dan kakak sangat teruja!

bakal ahli astronomi?

"nampak apa kakak?"

"teropong apa dik?"

"nak tengok yang ini pula"

"ini untuk apa?"


Jam Matahari

bekas kemeyan yang berasal dari India (abad ke-19)

Glob cakerawala yang berasal dari Iran (abad ke 18)

leka memerhatikan peralatan ahli falak

astrolab - penyukat angin

astrolab sendeng yang berasal dari Iran (abad ke 18)



kompas pelayaran yang berasal dari Afrika


teropong kecil pula

Pameran ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu anak-anak (walaupun masih kecil) tentang ilmu falak (astronomi).  Dahulu, saya juga berminat tentang astronomi dan pernah bercita-cita menjadi ahli astronomi.  Tetapi memandangkan ilmu ini memerlukan kekuatan fizik, saya terpaksa lupakannya untuk menjadikan ianya sebagai profesyen walaupun minat itu masih ada.  Hehehe.

Ada lagi aktiviti yang menarik perhatian anak-anak.  - bersambung -

2 comments:

  1. Salam.. Wahhh.. Bestnya dapat pergi Karnival Falak. 3 tahun saya di Penang, tak berkesempatan nak ke sana.. Hehe.. Tak de rezeki ke sana..

    Gambar yang puan ambil semua cantik2, guna DSLR ya? Brand ape ya?

    ReplyDelete
  2. Karnival ini jarang sekali diadakan. Kebetulan berada berdekatan, kenalah pergi.

    Terima kasih Jamal. Gambar-gambar ini diambil dengan kamera automatik biasa, Canon A550 saja. Ada satu lagi DSLR Canon juga EOS 1000D, saya masih lagi di peringkat belajar. Gambar di Pahang & Melaka menggunakan DSLR.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin