Saya menyimpan jurnal (log) harian apa yang saya lakukan berkaitan dengan pembelajaran saya sejak saya mendaftar sebagai pelajar. Walaupun ianya ringkas saja tetapi sekurang-kurangnya saya tahu yang saya telah berbuat sesuatu walaupun ianya sedikit. Ianya perlu sebagai motivasi untuk saya supaya ianya tidak 'kosong' tidak diisi dengan aktiviti pembelajaran (kecuali hari cuti). Sekejap saja, sudah 6 minggu rupanya...
buku baru, barulah semangat untuk menulis jurnal |
Sedikit maklumat tentang Endnotes - salah satu perisian untuk menyimpan senarai rujukan yang pada pandangan saya, amat-amat berguna untuk penyelidik. Jika ada sudah tahu, pejam-pejamkan mata sajalah ya. Sebenarnya, saya sudah berkali-kali mengikuti kursus menggunakan perisian ini, tetapi memandangkan saya tidak menggunakannya dengan intensif, maka ilmu yang dipelajari, hilang begitu saja :(. Baru-baru ini, saya kembali mengaktifkan program ini, tetapi, saya masih terkial-kial menggunakannya. Saya menulis status SOS di FB bertanyakan 'sifu-sifu' yang sudah mahir menggunakan perisian ini. Alhamdulillah... sekarang ini, saya juga ingin berkongsi ilmu yang sedikit (saya juga masih belajar) untuk sesiapa yang memerlukannya.
(Klik untuk besarkan imej)
Pertamanya, create library baru untuk penyimpanan data.
Saya menggunakan science direct untuk mencari jurnal yang berkaitan. Pada ruangan search, taipkan tajuk/penulis dsbnya untuk proses pencarian.
Setelah keluar maklumat yang berkaitan, klik pada kotak di sebelah kiri untuk memilih jurnal yang ingin didownload. Pilih Export Citations untuk proses seterusnya.
...akan keluar paparan ini. Saya pilih citations and abstracts.
..dan hasilnya akan keluar di library Endnote yang telah kita create pada awalnya. Jika inginkan group untuk jurnal yang sudah didownload citation nya, di My Groups, right click, create new group, namakan mengikut kesesuaian. Drag saja tajuk-tajuk yang sudah dipilih ke dalam group yang baru.
Seterusnya, jika ingin mendownload PDF pula, balik semula ke skrin yang pertama, download multiple PDFs. Ianya boleh download 20 dokumen sekaligus.
Amat mudah sekali untuk download artikel jurnal di dalam kuantiti yang banyak. Saya telah melakukannya secara manual dan ianya mengambil masa berhari-hari serta kuantitinya tidak lah sebanyak mana. Citations yang dimuat turun ini boleh terus dimasukkan ke dalam artikel/thesis secara automatik. Itu adalah fasa pembelajaran seterusnya....