Baru-baru ini kakak membawa balik surat dari pihak sekolah tentang ujian saringan pertama PermataPintar UKM 1 versi 2010.
Ujian PERMATApintar UKM1 dibangunkan dan dilaksanakan secara dalam talian berasaskan web agar proses pencarian pelajar pintar cerdas dapat dilakukan secara menyeluruh dalam masa yang terhad dan tidak melibatkan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan ujian bertulis. Dengan itu, ujian ini tidak dijalankan secara bertulis (kertas dan pensil). Selain itu, ujian dalam talian ini dilaksanakan untuk membudayakan ICT dalam kalangan pelajar sekolah.
(dari laman web : http://www.permatapintar.edu.my)
Jika anda mempunyai anak yang berusia di antara 8 - 15 tahun, lawatilah laman web tersebut dan biarkan anak mengambil ujian kecerdasan secara online ini. Ujian ini selama 3 jam dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan boleh berhenti pada bila-bila masa juga dan akan disimpan sehingga kita login semula untuk menyambung ujian tersebut.
Kakak sudah menjawab beberapa soalan dengan sendirinya dan masih banyak lagi soalan yang masih belum berjawab. Apa yang penting, janganlah diberi tekanan kepada anak-anak kerana ini sekadar menguji tahap pemikiran dan logik akal mereka saja dan ingin melihat setakat mana mereka mengaitkan permasalahan tersebut dengan jawapan yang diberikan. Itu saja.
p.s : Saya juga teruja ingin melihat apa hasilnya... hehehe.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?