Setelah dua hari (Isnin dan Selasa) adik tidak ke tadika kerana demam dan batuk, hari ini, adik mula buat perangai tidak mahu ke tadika. Sebaik sampai di transit kakak, adik sudah mula menangis-nangis sambil menyebut tidak mahu ke sekolah. Ketika berada depan pintu pagar tadika, adik memegang kuat beg dan baju tadikanya sambil menangis. Ditamparnya saya berkali-kali kerana saya cuba memujukkan keluar kereta.
Untuk meredakan tangisannya, kami bawa adik untuk bersarapan sekali. Abahnya memujuk dengan pelbagai cara, namun tidak berkesan. Mujur juga ada benda ini yang menjadi penyelamat.
Adik dengan rela hati menukar bajunya tanpa paksaan dan leka bermain ketika saya sampai di kampus sehingga dihulurnya tangan kiri untuk bersalam dengan saya. Alhamdulillah, mood nya sudah ok.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?