Saturday, January 23

Teruja


Pada Oktober tahun lepas, Dutch Lady telah mengadakan road show dan dengan pembelian, dapat menyertai peraduan yang mereka anjurkan.  Memandangkan hanya satu borang penyertaan yang diperolehi, kami, tanpa menaruh harapan tinggi, telah mengisi jumlah kiraan T di papan tanda (sempena TT ratio) di dalam borang penyertaan tersebut.





Beberapa hari lalu, kami mendapat perkhabaran menerima hadiah untuk penyertaan tersebut. Tempat ke-2!  Hadiah yang berupa sebuah PSP, permainan orang kaya-kaya yang kami rasa tidak akan membelinya untuk anak-anak memandangkan harganya sahaja hampir mencecah RM1K hanya untuk permainan sekecil ini.  Alhamdulillah,  Allah mengurniakan nikmat untuk anak-anak merasai permainan ini.



Anak-anak teruja dengan permainan baru ini, dan tidak sabar-sabar ingin mencubanya.  Syaratnya, mereka perlu menghabiskan homework masing-masing sebelum dapat bermain dengan permainan ini.

6 comments:

  1. Congrats Ila. Dah name rezeki kan!
    Anyway, have fun playing PSP. Me mmg tak minat. Maybe because belum kenal kot. Hehe.

    ReplyDelete
  2. thanks k.mid. Anak-anak yang seronok lebih...umi nya cool saja (walaupun excited juga hehehe)

    ReplyDelete
  3. Itulah Cik Milah, memang rezeki mereka... tak sangka betul menang. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. tahniah... dah lama tak menang apa2 peraduan ke ke ke... camno nak menang, tak join kwang3.... ;)

    ReplyDelete
  5. terima kasih lin, rezeki... jom join, mana tau kot2 boleh menang, rezeki the hannahs :D

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin