Tuesday, June 23

Sedih....

Semalam sewaktu menanti baju-baju selesai dicuci, saya sempat menonton telemovie tempatan bersama adik di Astro Oasis yang bertajuk Banifsha, yang memaparkan penderitaan rakyat dan anak-anak di wilayah bergolak Afghanistan dengan pengeboman di sana sini.

Banifsha, seorang anak Afghanistan yang kehilangan ayah dan ibu dibawa ke Malaysia oleh seorang Dr yang bertugas di sana di bawah UNICEF. Penderitaannya berakhir dengan kematian kerana kecederaan di kepala yang dialami di tanahairnya.

Sepanjang telemovie ini berlangsung, adik bertanya itu ini dan saya terangkan kepadanya apa yang berlaku di sana. Agaknya adik dapat menghayati drama itu dengan sepenuh hati sehingga ketika babak Banifsha menghembuskan nafas terakhir, saya terkedu melihat adik mengesat matanya.

"Adik mengantuk ke" dia menggeleng
"Adik nangis ye?" dia tersenyum malu. Ternyata dia menangis dalam diam.

Tidak disangka seorang anak yang berusia 4 tahun merasa sedih dengan paparan drama tersebut. Ternyata jiwa halus adik agak sensitif dengan suasana yang berlaku.

Teringat kembali ketika cikgu taska mengumumkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun mereka. Ketika saya mengambil adik dari tadikanya, cikgunya memberitahu, adik menangis ketika cikgu memberitahu nombor yang diperolehi adik adalah nombor 12 sedangkan kawan-kawan lain tidak kisah dengan keputusan mereka.

"Adik nangis pelan" katanya

Hehehe... saya katakan padanya, "tak pa, adik kecik lagi". Dia tersenyum.

2 comments:

  1. alah cian adik.... :( tak pe kecik lagi... biar dia mengalami zaman kanak2 yang indah2... lebih bermakna untuk dia. [",]

    ReplyDelete
  2. itu la, ada perasaan pulak tu hehehe. tak kisahlah nombor berapa pun..asalkan mendengar kata ^_^

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin