Dari bilik hotel, kami dapat saksikan dari jauh Masjid Selat Melaka. Selepas puas berpusing di udara di atas roda EOM, kami singgah di masjid ini untuk menunaikan solat maghrib dan isyak.
masjid terapung
Masjidnya besar dan cantik, tetapi saya dan suami hairan kerana binaan masjid ini bukannya berada di kawasan yang berpenghuni. Siapa agaknya yang mengimarahkan masjid ini. Ketika kami berhenti bersolat di sini, kelihatan agak ramai jamaahnya kerana mungkin sekarang ini musim cuti sekolah. Bagaimana agaknya hari-hari biasa?
menara masjid
Seperkara lagi yang menjadikan saya sedih, dengan masjid yang cantik dan besar ini, masih ada manusia yang sanggup mengotorkan tandas masjid sedangkan masjid sepatutnya menjadi tempat yang bersih sesuai dengan tuntutan agama itu sendiri. Baru-baru ini ada isu tandas masjid kotor di dalam tv (saya tidak ingat di saluran mana), memang tidak dinafikan, di mana-mana saja perkara ini berlaku. Kita sebagai pengguna seharusnya mempunyai kesedaran sivik supaya tempat-tempat awam bersih dan terpelihara, apatah lagi masjid tempat untuk kita beribadat. Jangan kita pentingkan diri sendiri sahaja kan..
Salam kak ...lepas g umbai datang skali lagi pergi alai pulak...kat c2 pun ikan bakar dia boleh tahan sedap...yam...yam...yam
ReplyDeletehttp://nuraleeds.bolgsport.com
ReplyDeletew'salam. itu yang tahun lepas kami pergi ke sana. Entri terkini belum lagi dimasukkan :D
ReplyDelete