Tuesday, June 9

"Eye On Malaysia"

Selesai menjejaki haiwan di Zoo Melaka, kami meneruskan kembara ke tempat lain, singgah sebentar untuk bersolat dan berjamu selera di R n R Masjid Al-Alami. Saya tidak melepaskan peluang merakamkan senibina masjid di Melaka yang agak berlainan dengan masjid di negeri lain.

Masjid Al-Alami yang cantik dan selesa


Perjalanan diteruskan ke Eye On Malaysia. Ketika EOM ini di KL, kami pernah ke sana, tetapi saya tidak mempunyai kekuatan untuk menaikinya (kerana gayat!). Bayaran masuk adalah RM10/dewasa (MyKad) dan bagi pelajar yang mempunyai ID, RM8 (saya mendapat harga ini hehehe) dan RM5/kanak-kanak(3 - 12 tahun).


Memandangkan sudah tiba di sini, saya memberanikan diri sebagaimana saya memberanikan diri untuk menaiki kereta kabel di Langkawi dahulu. Ternyata, pengalaman ini tidak begitu menakutkan berbanding dengan pengalaman menaiki kereta kabel. Kebetulan pengunjung juga tidak ramai, kami dapat menaiki satu gondola tanpa berkongsi dengan pengunjung lain. Cantiknya pemandangan dari udara, Subhanallah...

Menara Taming Sari dari udara

Adik yang seronok di dalam gondola EOM

Selat Melaka

Masa untuk mengucapkan selamat tinggal!

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin