Hari ini, genaplah umur kakak 6 tahun. 6 tahun yang lalu, saya menahan sakit seharian untuk melahirkan kakak, di mana akhirnya terpaksa dikeluarkan secara caesarean. Itupun sebab denyutan jantung kakak sudah lemah. Selepas tersedar dari bius, perkara pertama yang saya ingat, "mana baby"... masih dalam keadaan lemah, bonda saya membawakan anak yang seberat 2.30 kg dekat dengan saya. Dalam "mamun-mamun" dapat mencium anak yang dikandung selama 9 bulan.
Selepas 6 tahun, Alhamdulillah, kakak membesar dengan baik. Semoga kakak menjadi anak yang solehah, yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Hadiah umi dan abah adalah mencarikan kakak taman asuhan yang terbaik di dalam mendidik kakak menjadi insan solehah yang berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Hadiah umi dan abah adalah mencarikan kakak taman asuhan yang terbaik di dalam mendidik kakak menjadi insan solehah yang berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah.
tahun depan dah drj 1 ke ke ke... kejap je... apa2 pun semoga kakak sentiasa dirahmati oleh Allah swt aminnnnnnn!!!
ReplyDeleteterima kasih lin, tu la, pejam celik dah besar dah..
ReplyDelete