Alhamdulillah, Allah sayangkan kami. Petang semalam semasa pulang dari kerja, di Bulatan Sbg Jaya...nyaris2 ber'cium' dengan kancil putih. Saya dah bagi signal hendak ke kiri, yang si kancil tu hendak ke kanan, dia di belakang sebelah kiri saya...Alhamdulillah, sempat brek untuk berikan laluan pada kancil tersebut. Mujur kereta belakang agak jauh dari kami. Berdebar jugak jadinya!
Semasa di Taman pula, sewaktu keluar untuk membeli barang-barang, perkara yang sama hampir berlaku. Kali ini dengan kanak-kanak basikal, agak-agaknya umur 10 - 12 tahun. Laju je keluar dari lorong belakang! Terkejut suami saya dan mujur juga sempat brek kerana kereta pun bukannya laju sangat. Apa yang dibimbangkan, kalau dia berhadapan dengan van yang selalunya laju itu, bagaimana nasibnya? Hmmm....

hmmm kadang2 jadi gak camtu, rasa terkedu jap... Alhamdulillah masih dilindungi Allah swt. bawa kereta ni kadang2 kita berjaga-kaga orang lain pulak yang bawa lebih kurang... sabar je la
ReplyDeletebetul tu..kita punya la berhati-hati (ye kot) hehehe... yelah, bawak budak2..mana boleh main redah je kan...tapi tulah, sikap orang lain yg menyusahkan kita.
ReplyDelete