Saturday, May 12

Apam polkadot pula...

Projek hujung minggu bersama anak-anak.  Apam polkadot yang tidak nampak dot nya... huhuhu.  Dan rupanya pula, ala-ala kawah bulan... tidak licin bagai telur dikupas!  Inti jemnya pula berada di bawah hehehe.  Kukusan pertama, inti diletak selepas separuh adunan diletak di dalam cawan, dan ditutup dengan adunan kemudiannya.  Jemnya di bawah.  Kukusan kedua pula, seluruh adunan diletak di dalam cawan dan baru diletakkan jem, pun jemnya di bawah juga.  Dot-dotnya kurang kelihatan mungkin warnanya tidak menyerlah, warna pastel saja.




Janji sedap dimakan!

Resepi asal : Kak Zu
(terima kasih di atas perkongsian resepi dan cara-caranya.  Saya letakkan di dalam blog saya pula untuk rujukan)

Bahannya:

3 biji telur
275 gm tepung gandum  (= 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus  ( = 1 cawan)
150 gm susu segar...@ 150 ml bancuhan susu tepung...150 ml air + 5 scoop susu.
3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovellete
1 tsp esen vanilla
 pandan paste @ apa-apa paste disukai
pewarne hijau @ apa-apa warna

intinya....sekaya,filling,jem,inti kelapajem coklat @ apa-apa saja

Cara :

1. Putar gula,telur dan ovellete hingge kembang dan berkrim...pastikan sampai putih dan pekat.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
3. Masukkan esen vanilla

4.Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan warnakan ikut warna kesukaan anda.Boleh letak paste juga
5. Masukkan ke dalam paper cup beralaskan acuan lompang dan corakkkan apam.
5. Kukus selama 10 minit (tudung saya lapikkan kain nipis supaya airnya tidak menitis ke dalam acuan)

 

Thursday, May 10

Fiqh wanita yang lelaki juga perlu tahu

Fiqh wanita - Kerahsiaan wanita telah disampaikan oleh Ustazah Zawiyah Hassan di kampus baru-baru ini.  Ceramah ini menjadi sesi penerangan dan perkongsian yang perlu diketahui oleh kedua-dua wanita yang bakal/sudah bergelar isteri/ibu dan juga lelaki yang bakal/sudah bergelar suami/ayah.  Perlu adanya penglibatan kaum adam di dalam isu-isu berkaitan kewanitaan kerana mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga.  Janganlah malu dan segan wahai kaum adam untuk menyertai majlis ilmu sebegini.  


ustazah Zawiyah in action

Intipati ceramah saya letakkan di dalam diagram begini untuk rujukan mudah.  Jika perlukan penerangan lanjut berkaitan permasalahan wanita, bolehlah dirujuk kepada yang arif di dalam bidang ini.  


Saya juga baru mengetahui tentang darah 'fasad' ini.  Sedikit homework yang saya lakukan, ada penerangan ringkas oleh Ustaz Nor Amin.  

Tuesday, May 8

Cup cakes comel

Ini namanya 'cup cake' malas!  tiada topping... hanya semata-mata cup cake.



Percubaan pertama tidak mengecewakan.  Misi pertama saya untuk membuat apam dot dot hujung minggu lepas ke laut!  Apamnya tidak gebu dan leper (adunan tidak cukup kembang).  Tetapi leper-leper pun, ada tukang makan... ok lah.  Dot-dot nya pun tidak menjadi, salah teknik rupanya!  Setelah menelek blog ini, oooo... begitu caranya!  Kena cuba lagilah nampaknya...  

Cuba tengok blog itu, comel-comel apam polkadot dia... geram!      

Berbalik kepada cup cake yang saya buat, saya layankan keinginan adik ingin meletakkan manik kecil ke dalam kek tersebut, kelihatan seperti bertampuk-tampuk sedikit atas kek apabila masak.  Tidak kisahlah, janji saya puaskan hati pembantu chef itu.  Cawan kertas yang digunakan kecil sedikit, jadinya, saya dapat 27 cup cakes.  Jika ingin letakkan topping, lebih elok jika adunan diletakkan 1/2 dari paras cawan.

Terima kasih kepada alma kerana berkongsi resepi ini.

Resepi asal : alma (myresepi)

Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )

  • 300g tepung (saya gunakan 2 cawan - converter)
  • 350g gula (saya gunakan 1 3/4 cawan - converter)
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter (lebih kurang 120gm butter.  Buttercup 250gm, saya gunakan hampir separuh)
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cwn susu segar
  • * 2 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.


Saya gunakan converter untuk menukarkan unit bahan-bahan yang digunakan.  Berlainan bahan, berlainan bilangan cawan yang digunakan.  

Mudah dan cepat disiapkan.  Selamat mencuba.  

Thursday, May 3

Bersatu dengan alam @Kg Kuala Boh, Cameron Highlands

Berada nun jauh di pedalaman perkampungan orang asli, melihat kanak-kanak yang bebas merayau berkaki ayam ke sana-sini tanpa rasa takut dan gentar akan kejadian jenayah culik seperti imbasan kaca televisyen yang mengulang tayang zaman kanak-kanak saya!  Mereka masih lagi bebas dari cengkaman perasaan takut.. alangkah bahagianya hidup mereka yang tidak terkurung oleh pagar besi di keliling rumah sendiri!


Mereka masih mengekalkan hidup bermasyarakat yang kian hari makin terhakis di kalangan masyarakat moden hari ini.  Seisi kampung dikenali dan hubungan kekeluarga erat sekali dengan wujudnya rumah-rumah sampingan di sisi rumah induk untuk anak-anak yang sudah berumahtangga.  Inilah sisi positif kehidupan masyarakat orang asli Kuala Boh, Cameron Highlands yang saya kunjungi selama 3 hari 2 malam itu.

demonstrasi masakan
Udara pagi yang segar di lembah antara dua bukit itu saya hirup dalam-dalam terutamanya di hari terakhir kami di situ.  Tenang ketika mendengar deruan air sungai Mensun yang tidak putus-putus mengalir yang jelas kedengaran ketika suasana sunyi biarpun airnya tidak lagi jernih yang mampu menggamit hati untuk terjun ke dalam isi perutnya.  Juga burung yang berkicau di sana-sini... ianya seakan berirama memecah keheningan pagi, aman dan damai. 

Mendengar cerita dari orang asli sendiri, keadaan di situ tidak lagi sama ketika 10 atau 20 tahun lalu di mana keadaannya lebih segar dan air sungainya lebih jernih berbanding hari ini.  Mungkin generasi mereka akan datang tidak lagi dapat menikmati khazanah alam yang semakin hari semakin terhakis.



demonstrasi masakan 




2 malam di khemah ini

deretan khemah yang didirikan (di atas sana juga ada)

perasmian - ucapan oleh tok penghulu

makan berjamaah

sedap tak dik?


ziarah rumah ke rumah untuk menyampaikan barang sumbangan berupa Quran, Iqra' dan Yaasin





salah sebuah rumah yang kami kunjungi (rumah induk)

rumah baru yang dibina untuk menampung keluarga anak yang sudah berkahwin


sungai Mensun yang sudah keruh airnya

deruan airnya, damai...

kelas fardu ain di surau lama




sukaneka wanita

bawa guli menggunakan chopstick

tepung sudah menjadi bedak!

naik turun naik turun tak pa saja...

mampu mengupas kulit limau menjadi panjang?

tadika lama yang sudah tidak digunakan
chalet

uniknya - dahannya bersudut tegak







Walaupun mereka sudah kembali kepada fitrah menjadi seorang muslim, tetapi masih banyak yang tidak mereka ketahui.  Bacaan solat mereka sekadar hafalan semata-mata, huruf-huruf Al-Quran tidak mereka kenali.  Anak-anak yang bersekolah tidak menjadi masalah kerana mereka dapat mempelajarinya di sekolah, tetapi ibu-ibu mereka, agak jauh ketinggalan.  Menjadi tanggungjawab seorang muslim yang lebih mengetahui untuk mengajar mereka, tetapi sudah tentu tidak dapat dilaksanakan di dalam masa yang singkat sekadar 2, 3 hari di sana.  Hanya setelah kita diterima oleh masyarakat mereka, ketika itulah pelajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Thursday, April 26

Minggu yang sibuk...



Minggu yang super sibuk!  Isnin ke Isnin berikutnya.  Ada orang lain sebenarnya yang lebih sibuk dari ini, hampir setiap hari, minggu, bulan dan tahun.  Saya kagum dengan mereka yang lagi super duper sibuk, yang pagi di negeri A, petang di negeri B dan malam pula di negeri C untuk menunaikan amanah mereka *Salute*. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”
 
Riwayat Bukhari


Semoga kita semua senantiasa berada di dalam lembayung rahmat Ilahi InsyaAllah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin