Friday, April 6

Periuk Kera @Bukit Bendera

Pelbagai spesis periuk kera yang ada di Taman Periuk Kera itu, katanya melebihi 100 spesis, yang saya rakamkan, berapa saja.  



Ada yang kelihatan seperti ular tedung yang sedang mengembangkan kepalanya, kecil besar, bulat dan memanjang dan comel.  Layankan saja gambar-gambar.  Saya di dalam mood kemalasan untuk edit serta meletakkannya di dalam frame.  Ini pun sudah ditapis dipilih untuk dipaparkan di sini.  Jika ada yang sedang membuat kajian/kertas kerja tentang periuk kera, di sini mungkin tempat yang sesuai untuk dikunjungi.


Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .
Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.
Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).


[sunting]Habitat

Kadang-kala terdapat di paya gabus, kerangas, katu kapur, hutan dipterocarp bercampur, hutan submontane dan montane, dari paras laut sehingga 2,700 meter dari paras laut.

Spesis Periuk kera:


- sumber Wikipedia

Lagi informasi tentang spesis periuk kera yang wujud di Malaysia di sini.




Saya mengusik adik, pokok itu boleh makan jari yang dimasukkan ke dalam corongnya... hahaha... sabar sajalah dapat mak yang suka mengusik!  Adik takut-takut tidak berani memegang periuk kera tersebut.














ini bukan periuk kera

Shoot terbaik rama-rama yang sedang hinggap di bunga oleh en. suami.  Seorang amatur yang sedang cuba mengambil objek bergerak tanpa menggunakan tripod.








antara spesis yang besar


















perbandingan dengan botol air 500ml






nota : Gabungan dari ixus 105 dan eos1000D

Thursday, April 5

@Bukit Bendera, Pulau Pinang

Jalan-jalan hujung minggu bersama keluarga.

imej dari google map

Seumur hidup saya yang dilahirkan, dibesarkan dan tinggal di Pulau Pinang ini, hanya boleh dikira dengan  jari sebelah tangan saja saya menaiki bukit bendera.  Kali terakhir saya menaiki Bukit Bendera bila agaknya (sudah lupa) tetapi ketika itu, masih lagi keretapi kabel merah dan ada dua stesen dan perlu transit di stesen tengah.

Sejak pertengahan 2011, keretapi kabel yang lebih besar dan lebih laju terus menuju ke stesen atas.  Stesen bawah dan atas juga telah banyak diubahsuai untuk menampung para pengunjung.

Harga tiket untuk pengunjung tempatan, RM8/dewasa dan RM4/kanak-kanak (3 - 12 thn) bagi perjalanan dua-hala.  Tetapi bagi pakej keluarga, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, harganya RM18.  Tambang bagi pelancong asing adalah lain dari pengunjung tempatan.





koleksi sejarah Bukit Bendera

pakej keluarga

Sempat lagi en suami skodeng skrin pemanduan keretapi kabel itu.

skrin pemandu



Bukit yang akan didaki

stesen tengah yang kini menjadi sejarah.  Di sebelah kiri adalah jalan yang baru


keretapi lama

sampai dah...

pemandangan dari stesen atas

Cuaca tidak menyebelahi pengunjung kerana Pulau Pinang dilanda jerebu pagi itu.  

jerebu!

tempat 'wajib' mengambil gambar

Nampak apa sangat dalam jerebu

Kata en. suami, rakannya beritahu, jika cuaca cerah dan terang, boleh nampak Masjid Attaqwa Bertam Indah, Kepala Batas.   Oh... ye ke? 

Sky Terrace yang baru



Ada buggy yang menawarkan perjalanan pergi-balik dengan bayaran RM30 satu kereta.  Kami hanya berjalan kaki saja.

tidak 15 minit berjalannya... 2 km, sekejap berhenti, sekejap berhenti... 1/2 jam dan lebih juga...

keretapi lama

1km lebih berjalan, fuh... penat!




Akhirnya... destinasi terakhir.  Tidak berdaya untuk menyambung perjalanan ke Titi Gantung.



Pemandangan yang telah diedit...



Ketika perjalanan menurun, kecut perut melihat keretapi meluncur laju ke bawah!

perjalanan turun




Selamat Jalan!  Entah bila pula akan menaiki Bukit Bendera lagi...




Nanti saya kongsikan gambar-gambar di Taman Periuk Kera - "Monkey Cup" yang dikenakan bayaran masuk, RM10!  Bayarannya agak mahal untuk tempat yang terhad begitu, tetapi pengunjung ada pilihan untuk masuk atau tidak, tetapi alang-alang sudah sampai, masuk sajalah untuk melihat periuk kera yang pelbagai spesis itu.  Sekali itu sajalah nampaknya.

Ada Muzium Burung Hantu yang kami tidak masuk.  Bayaran masuk untuk kanak-kanak - percuma, tetapi bayaran masuk untuk dewasa, RM10!  Hmm..

Gambar-gambar adalah gabungan gambar yang diambil oleh saya dan en suami.

Monday, April 2

@Puncak Bukit Bendera

Preview...

Menikmati pemandangan alam di atas Bukit Bendera.  Nanti kita sembang lagi ok...banyak gambar untuk dikongsi...

EOS 1000D

IXUS 105

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin