Jalan-jalan hujung minggu bersama keluarga.
|
imej dari google map |
Seumur hidup saya yang dilahirkan, dibesarkan dan tinggal di Pulau Pinang ini, hanya boleh dikira dengan jari sebelah tangan saja saya menaiki bukit bendera. Kali terakhir saya menaiki Bukit Bendera bila agaknya (sudah lupa) tetapi ketika itu, masih lagi keretapi kabel merah dan ada dua stesen dan perlu transit di stesen tengah.
Sejak pertengahan 2011, keretapi kabel yang lebih besar dan lebih laju terus menuju ke stesen atas. Stesen bawah dan atas juga telah banyak diubahsuai untuk menampung para pengunjung.
Harga tiket untuk pengunjung tempatan, RM8/dewasa dan RM4/kanak-kanak (3 - 12 thn) bagi perjalanan dua-hala. Tetapi bagi pakej keluarga, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, harganya RM18. Tambang bagi pelancong asing adalah lain dari pengunjung tempatan.
|
koleksi sejarah Bukit Bendera |
|
pakej keluarga |
Sempat lagi en suami skodeng skrin pemanduan keretapi kabel itu.
|
skrin pemandu |
|
Bukit yang akan didaki |
|
stesen tengah yang kini menjadi sejarah. Di sebelah kiri adalah jalan yang baru |
|
keretapi lama |
|
sampai dah... |
|
pemandangan dari stesen atas |
Cuaca tidak menyebelahi pengunjung kerana Pulau Pinang dilanda jerebu pagi itu.
|
jerebu! |
|
tempat 'wajib' mengambil gambar |
|
Nampak apa sangat dalam jerebu |
Kata en. suami, rakannya beritahu, jika cuaca cerah dan terang, boleh nampak Masjid Attaqwa Bertam Indah, Kepala Batas. Oh... ye ke?
|
Sky Terrace yang baru |
Ada buggy yang menawarkan perjalanan pergi-balik dengan bayaran RM30 satu kereta. Kami hanya berjalan kaki saja.
|
tidak 15 minit berjalannya... 2 km, sekejap berhenti, sekejap berhenti... 1/2 jam dan lebih juga... |
|
keretapi lama |
|
1km lebih berjalan, fuh... penat! |
Akhirnya... destinasi terakhir. Tidak berdaya untuk menyambung perjalanan ke Titi Gantung.
Pemandangan yang telah diedit...
Ketika perjalanan menurun, kecut perut melihat keretapi meluncur laju ke bawah!
|
perjalanan turun |
Selamat Jalan! Entah bila pula akan menaiki Bukit Bendera lagi...
Nanti saya kongsikan gambar-gambar di Taman Periuk Kera - "Monkey Cup" yang dikenakan bayaran masuk, RM10! Bayarannya agak mahal untuk tempat yang terhad begitu, tetapi pengunjung ada pilihan untuk masuk atau tidak, tetapi alang-alang sudah sampai, masuk sajalah untuk melihat periuk kera yang pelbagai spesis itu. Sekali itu sajalah nampaknya.
Ada Muzium Burung Hantu yang kami tidak masuk. Bayaran masuk untuk kanak-kanak - percuma, tetapi bayaran masuk untuk dewasa, RM10! Hmm..
Gambar-gambar adalah gabungan gambar yang diambil oleh saya dan en suami.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?