Bangun pagi mata kakak sudah sepet di sebelah kanan. Sah! Sakit mata! Kami berada di rumah mak. Aktiviti menyembelih korban ditangguhkan pada hari pertama kerana waktu yang suntuk di antara selepas solat raya dengan waktu solat Jumaat. Adik teruja untuk melihat aktiviti penyembelihan korban, tetapi tidak kesampaian. Dan sehari hari ini, kami hanya berada di rumah - kuarantin - menonton drama demi drama di tv untuk mengelak kakak membawa virus sakit mata ke tempat lain.
