Kampus terpaksa ditutup untuk seminggu sehingga 28 Julai. Jangkitan wabak Influenza A @ H1N1 nampaknya telah menular ke sini. Dari Isnin sudah ada pelajar yang dikuarantinkan dan hari ini, keputusannya jelas. Pelajar-pelajar mula beransur-ansur pulang ke rumah.Pelajar dan staf telah dibekalkan dengan "topeng doktor" secara percuma sebagai langkah pencegahan. Nampaknya saya juga harus melakukan pemeriksaan memandangkan batuk ini berterusan tidak sembuh.