Kampus terpaksa ditutup untuk seminggu sehingga 28 Julai. Jangkitan wabak Influenza A @ H1N1 nampaknya telah menular ke sini. Dari Isnin sudah ada pelajar yang dikuarantinkan dan hari ini, keputusannya jelas. Pelajar-pelajar mula beransur-ansur pulang ke rumah.Pelajar dan staf telah dibekalkan dengan "topeng doktor" secara percuma sebagai langkah pencegahan. Nampaknya saya juga harus melakukan pemeriksaan memandangkan batuk ini berterusan tidak sembuh.
ishhhh cepat-cepat check ye puan! seram dengar...
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya sudah ke klinik dan OK, tiada demam dan tekanan darah normal. Jika demam dan selesema mungkin kena kuarantin ^_^ ini batuk biasa aja.
ReplyDelete