Showing posts with label turki. Show all posts
Showing posts with label turki. Show all posts

Thursday, October 15

Kembara Ilmu - Istanbul8 (Masjid)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


سبحان الله tidak jemu melihat binaan Masjid di sekitar Istanbul yang rekabentuknya sama di mana-mana sahaja tidak seperti di Malaysia yang memiliki pelbagai ciri rekabentuk mengikut lokasi.  Antara yang terkenal dan menjadi tarikan pelancong adalah Masjid Biru (Blue Mosque atau nama Turkinya Sultan Ahmet Camii - sebutan: Jami).  Apa yang saya faham, di dalam bahasa Turki, Camii adalah masjid dan Mescit (sebutan Masjid) adalah surau seperti yang tertera di lapangan terbang antarabangsa Ataturk ini :)  



Sultan Ahmet Camii


Masjid Biru yang sudah berusia hampir 400 tahun yang dibina ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmed I ini masih utuh dan kukuh dan masih digunakan untuk bersolat lima waktu.





dataran masjid
Mimbar


Ukiran pada kubah tengah





Tidak banyak yang dapat saya katakan tentang reka bentuk dalaman masjid ini kerana saya tidak dapat memasuki ruang ini. 


Eyüp Sultan Camii



Masjid Eyüp terletak di daerah Eyüp di luar tembok Constantinople, berhampiran Golden Horn di bahagian Eropah.  Ianya adalah masjid yang pertama dibina oleh orang Turki Uthmaniyyah selepas penaklukan Constantinople lebih 500 tahun lalu.  Di masjid ini terletaknya makam sahabat Rasulullah ﷺ, Abu Ayyub Al-Ansari yang bercita-cita ingin menakluk kota Constantinople selepas mendengar sabda Rasulullah  yang bermaksud “Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Disebabkan faktor umur tua dan kesihatan yang tidak mengizinkan, Abu Ayyub akhirnya berwasiat agar dikuburkan di bawah tembok kota tersebut kerana ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah dinyatakan oleh baginda Rasul.

Kami menaiki feri dari Eminonu ke Eyüp dan berjalan kaki untuk sampai ke masjid ini.  Suasana agak berlainan dengan persekitaran masjid ini dibandingkan dengan Masjid Biru.  Di persekitaran masjid ini, lebih ramai wanita menutup aurat.  Di sepanjang jalan untuk ke masjid terdapat gerai-gerai jualan seperti bazaar yang menjual pelbagai cenderahati, baju, jubah, tudung, selendang dan wangian. Sesekali hidung menghidu aroma mawar segar yang terkenal di sini ketika melintasi gerai-gerai yang menjual wangian.  








Berwuduk bagi wanita perlu dilakukan di dalam tandas di luar masjid yang dilabel dengan WC dengan bayaran 1TL.  Di perkarangan masjid inilah terletaknya makam Abu Ayyub Al-Ansari. Mendekati makam sahabat Rasul ini, hati menjadi sebak mengenangkan seseorang yang sangat rapat dengan Rasulullah serta perjuangannya ingin membebaskan kota Constantinople ketika itu.

makam Abu Ayyub Al-Ansari

Ada yang membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan ada yang berdoa di sini.  


kanak-kanak lelaki berpakaian seperti sultan

Ketika berada di situ, kelihatan beberapa orang kanak-kanak lelaki yang berpakaian seperti raja/sultan.  Melalui pembacaan, rupa-rupanya anak-anak ini akan melalui proses berkhatan dan mereka dibawa bersolat di masjid ini sebelum dikhatankan. 

pohon besar bersebelahan makam Abu Ayyub Al-Ansari yang masih berdiri sejak penemuan makamnya


Terdapat juga duit syiling yang dilemparkan ke dalam kawasan berpagar pokok itu.  Hmm....





Di persekitaran masjid ini terdapat banyak kubur di mana antara salah satunya menempatkan jenazah rakyat Malaysia, Allahyarham Ahmad Ammar yang menghidupkan banyak jiwa selepas kematiannya.  



Lokasi masjid ini berhampiran dengan Pierre Loti yang terletak di atas bukit yang boleh dinaiki menggunakan kereta kabel atau berjalan kaki.

- bersambung - 

Wednesday, August 19

Kembara Ilmu - Istanbul7 (Transport Museum)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Transport museum atau Rahmi M Koç Museum adalah muzium utama di Turki khusus kepada sejarah pengangkutan, industri dan komunikasi.  Muzium ini mempamerkan koleksi pelbagai barangan dari sekecil-kecil item sehinggalah ke sebesar kapal dan kapalterbang.

Muzium ini dilawati oleh en suami dan anak-anak sahaja. Apabila ditanya tempat yang anak-anak sukai yang dikunjungi di Istanbul, muzium ini menjadi pilihan mereka.  Sayangnya saya tidak dapat melihat sendiri muzium ini yang terletak di Hasköy, pesisir pantai Golden Horn di sebelah Asia. 




Muzium ini terbahagi kepada beberapa seksyen, iaitu pengangkutan darat, rel, laut,  alat kejuruteraan, alat komunikasi, instrumen saintifik, Model and Toys serta Hands-on.






di dalam kawasan muzium












muzium kapal selam






Muzium 'Time travel in Istanbul' ini sangat dicadangkan untuk dikunjungi.  Bayaran masuk ke muzium adalah :

Dewasa : 12.5TL
Pelajar : 6TL
 
Muzium Kapal Selam
Dewasa : 7TL
Pelajar : 5TL

Antara pengangkutan untuk ke muzium

Untuk lawatan secara maya, bolehlah lawati laman web berikut: Rahmi M Koç Museum.




Monday, August 17

Kembara Ilmu - Istanbul6 (Topkapı Palace)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Istanbul memiliki pelbagai Müzesi atau Muzium yang mempunyai konsep tersendiri.  Antaranya, Muzium Archaeological, Ataturk, Calligraphy, Modern Arts, Fine Arts, Islamic Art, MiniaturkAya Sofya (Haghia Sophia)Topkapı Palace dan Transport.  Tidak semua yang sempat dikunjungi di dalam tempoh yang singkat berada di Istanbul.

Topkapı Palace (Turkish : Topkapı Sarayı)

Topkapı Palace adalah kediaman utama sultan dan ahli keluarganya yang terletak di dalam sebuah kota ketika tamaddun keagungan kerajaan Uthmaniyyah.  Di perkarangan pintu utama, kota ini 'dikawal' oleh dua orang pengawal di kiri kanan pintu gerbang yang berdiri tegak ala-ala pengawal di Istana Buckingham.  


Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian atau Avlu.  Setiap bahagian terdapat beberapa galeri mengikut temanya yang tersendiri.  Di dalam ruangan galeri tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dan perlu mengikut giliran di dalam barisan yang panjang (jika ramai pengunjung).

Layout Topkapı Palace ini diperolehi dari laman web ini. (klik untuk besarkan imej)






Galeri Harem adalah kawasan berbayar (15TL) tambahan kepada bayaran masuk ke muzium. Ruangan ini mempamerkan bilik serta ruangan peribadi Sultan dan ahli keluarganya.  Jubin yang tersusun rapi serta susunan ayat-ayat Quran yang terdapat di bahagian dalam Harem serta di dinding sangat mengagumkan. Jika kesuntukan masa, lawatan bahagian Harem boleh dikeluarkan dari aturcara lawatan.   



Satu-satunya matlamat utama ingin berkunjung ke Topkapı Palace ini ialah ingin menyaksikan sendiri barang peninggalan Rasulullah ﷺ, namun, disebabkan kesuntukan masa, ditakdirkan kami tidak bertemu dengan bahagian ini yang terletak di Chamber of the Sacred Relics :( Mungkin perlukan kunjungan yang lain pada masa akan datang :D .

pemandangan dari Topkapı Palace




Bayaran masuk untuk ke muzium adalah 30TL.

Sedikit tips:
  1. Kuatkan fizikal kerana muzium ini memerlukan banyak berjalan kaki.
  2. Sediakan payung/baju hujan kerana kunjungan kami di awal musim panas (awal Jun) diiringi dengan hujan lebat.
  3. Sediakan wang yang mencukupi kerana bayaran makanan/minuman di dalam muzium agak mahal.  Kami perhatikan air mineral 500ml yang berharga 1TL di luar dijual dengan harga 6TL.
  4. Perlukan masa (melebihi 1 jam) untuk mengunjungi semua bahagian di dalam muzium ini terutamanya ketika ramai pengunjung.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin