Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Tuesday, June 22

Menara Taming Sari (Malam)

Tahun lepas kami menaiki menara taming sari pada waktu siang.  Untuk kunjungan kali ini, kami mencuba pada waktu malam pula.  Kami meletakkan kereta di Pahlawan Mall dan berjalan kaki sambil santai ke menara taming sari.  

singgah sebentar di A Famosa







Flor De Lamar
tidak pandai mengambil gambar pemandangan malam dari menara yang bergerak

dataran Pahlawan


kakakku

perkarangan menara taming sari

Tiba-tiba sampai ke sini untuk makan malam.  Hidangan nasi lemaknya ala-ala saja dan agak mahal. Bolehlah sekadar mengalas perut yang lapar.



Berakhirnya hari kedua.  Letih dan penat tidak terkata.  Puas setelah berjalan lebih dari 12 jam.  Hari ketiga adalah hari terakhir di Melaka.  Masih sempat lagi berjalan-jalan di sekitar Melaka. 

Monday, June 21

Main Air

Tuan rumah 'homestay' mencadangkan kami pergi ke taman tema yang baru dibuka.  Petang hari kedua diperuntukkan sepenuhnya untuk bermain air.

  

Jika pergi berkumpulan, pakej yang ditawarkan untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak adalah RM99 (RM27.50/dewasa dan RM22/kanak-kanak).  

Anak-anak sangat teruja dan tidak sabar-sabar ingin berendam.  Untuk memaksimakan penggunaan dengan bayaran, anak-anak bermain air dari jam 1.30 sehingga 5.00ptg.  Ber'jelaga' juga lah mereka kerana berendam di dalam air begitu lama.


Cepat-cepat berjalan, tidak sabar untuk bermain air

1 Big Wave - anak-anak teruja dengan ombak buatan yang ada

ada lagi di atas sana.  Sabar-sabar

Pelampung boleh disewa, ada kecil dan besar

Rexy Ride





Adventure island

Kamikaze Racer

Yang ini kelakar benar.  Kakak dan sepupunya menaiki ini. Saya menunggu di bawah untuk mengambil gambar mereka.  Ketika menanti mereka (2 barisan yang paling kanan) untuk turun sehingga ke kolam, tiba di pertengahan jalan, mereka tidak muncul-muncul.  Rupa-rupanya, mereka tidak cukup berat untuk mempunyai daya tujahan mendaki slide tersebut sebelum turun di kolam.

abang ipar meluncur laju ke kolam

Crazy slide


Anaconda Twist

Di sebelah Anaconda Twist adalah Waver Rider.

Adventure Island pula


Kami yang menunggu...letih

Anak-anak mencuba juga Family Jollies dan Lazy & Crazy River tetapi tiada gambar mereka yang dirakamkan.  Masih ada lagi permainan yang belum lagi siap sepenuhnya. 

pertunjukan tarian oleh maskot-maskot Wonderland





Nampak keletihan mereka sesudah selesai bermain air, tetapi masih juga aktif bergerak.  Ingatkan mereka sudah puas bermain air, rupa-rupanya masih ada keinginan untuk pergi ke Sunway Lagoon pula.  Hehehe.  Sekali-sekala untuk ke taman tema seperti ini, boleh lah... tetapi tidak selalu.  Dari segi kemudahan, ada surau, cafe, tempat salin pakaian dan juga tandas di beberapa tempat.  Akan tetapi, ketika kami berada di situ, ada beberapa tandasnya tidak dilengkapi dengan paip getah atau gayung (cebok).  Mungkin mereka terlupa agaknya.

Sunday, June 20

Taman Rama-Rama

Hari Kedua di Melaka.

Pagi-pagi sudah bersiap-siap untuk berjalan lagi.  Makan pagi dengan apa yang ada yang telah dibeli sebelumnya.  Perancangan untuk hari kedua sudah disepakati.  Kami akan keluar sehingga matahari terbenam untuk memanfaatkan masa sepenuhnya.

Destinasi pertama ke Taman Rama-rama.  Bayaran masuk RM6/dewasa dan RM3/kanak-kanak.


Nuri yang menyambut kedatangan setiap pengunjung

kedai cenderamata di pintu masuk taman.  Sabar, nanti balik kita tengok dan beli

suasana selepas melepasi pintu masuk taman

bahagian rama-rama





rama-rama berterbangan di merata-rata tempat

taman serangga


air terjun mini


menghala ke kolam ikan koi


ikan koi berenang di dalam bentuk bulatan yang cantik

kura-kura pun ada

tengok apa tu?

Harimau bintang? ops... ini bukan kategori serangga atau reptilia....

kolam ikan
Binturong

ikan besar



Antara spesis ular yang ada.

ular sawa 'albino'


Ada seksyen yang memaparkan serangga yang sudah diawetkan.





Tamat.  Ke kedai cenderamata.





Taman rama-rama KL lebih banyak rama-ramanya berbanding dengan taman rama-rama ini dan lebih banyak spesis rama-rama di situ berbanding di Melaka. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin