Showing posts with label cameron highland. Show all posts
Showing posts with label cameron highland. Show all posts

Saturday, December 31

1/2 Hari @Cameron Highlands

Destinasi terakhir sebelum balik ke Pulau Pinang adalah Cameron Highlands.  Kami sampai di sana sekitar tengahari.  Hajat untuk menikmati strawberi coklat tidak kesampaian kerana bukan musimnya.  Kami singgah di KHM serta Al-Mashoor, strawberinya kehabisan.  Kecewa (nampaknya, alasan untuk pergi ke CH lagi).




2008, kami ke Boh Tea Garden.  kali ini kami ke Sg Palas Tea Centre pula.  Tempat ini lebih mencabar kerana jalannya sempit serta berliku.  Kereta dapat selisih pada tempat-tempat tertentu yang dilebarkan jalannya.

Tempat ini dibuka hari Selasa - Ahad (Isnin - tutup) dari jam 8pg - 4.30ptg.





Tea centre Sg Palas



kilang pemprosesan teh



ramai beratur untuk menikmati teh

teh tarik kurang manis

mereka - teh ais

Di dalam cuaca sejuk mereka  minum teh ais.








deretan kereta ke Sg Palas


Monday, July 19

Family Day - 4 (Shopping)

Hari terakhir di Cameron Highlands adalah hari shopping.

keluarga besar jabatan

Tidak lengkap rasanya jika ke Cameron Highlands tanpa membeli buah yang amat sinonim dengan CH ini.


Walaupun sudah berkali-kali ke tempat ini, hati masih lagi teringin ke sana kerana kelembutan homemade ice-cream yang dihiasi dengan topping strawberi ditambah dengan lokasinya di dalam suasana kampung.


Dan juga ini... mesti cuba!

sepinggan RM12.  Puas makan kami empat beranak

gambar kenangan @ CH

sebahagian dari ahli keluarga jabatan

Di dalam perjalanan balik, sempat juga singgah ke Brinchang dan juga KEA Farm.  InsyaAllah, kami akan berkunjung lagi ke sana satu hari nanti kerana masih ada lagi tempat-tempat yang masih belum dilawati. Kemungkinan kunjungan yang akan datang, teringin merasa suasana Homestay di sana pula.

Sunday, July 18

Family Day - 3 (BBQ dinner)

Malamnya kemuncak bagi hari keluarga jabatan, majlis makan malam BBQ serta beberapa aktiviti permainan indoor dan cabutan bertuah.  Kali ini, banyak aktiviti/hadiahnya adalah misteri, sehinggalah ke saat diumumkan ketika itu (Gambar ehsan Mr. Hafiz).

 persediaan permainan

 makan malam, BBQ ayam, ikan dan air asam (sedap)

Acara untuk kanak-kanak 8 - 12 tahun - kerusi muzik yang amat unik, mengelilingi meja makan!

 acara tiup belon 3 - 7 tahun selama 30 saat

 ketika mengacarakan permainan

 terkial-kial mencucuk benang ke dalam jarum

 cincin hasil karangan manik suami sendiri

 menjadi ke ketupatnya?

 hadiah cabutan bertuah

Antara hadiah-hadiah misteri adalah hadiah keluarga ceria, kanak-kanak/bayi ceria/comel serta single pilihan.  Pemenang bagi kategori ini dipilih oleh 'juri-juri' istimewa.  Hadiah bagi kategori ini tidak diketahui oleh ahli jabatan sehinggalah diumumkan pada malam tersebut.  Ternyata ianya mengundang kejutan kepada pemenang bagi kategori-kategori yang ada. 

Saturday, July 17

Family Day - 2 ("Tea Time" : Cameron Valley)

Saya tidak minum pun.  Ramai kawan-kawan sempat menjamu selera dengan fresh tea dan juga scone di dataran Cameron valley ini.  Sedap ke?  Boleh cuba sendiri dengan harga secawan teh mencecah RM3 - RM4.  Dengan cuaca yang agak suram beserta hujan renyai-renyai, kami hanya menikmati kehijauan pokok-pokok teh dari pelantar saja.   


saujana mata memandang







Friday, July 16

Family Day - 1 (Mardi)

Cameron Highlands ketika cuti hujung minggu juga sesak dengan pengunjung.  Kami terperangkap di dalam kesesakan seawal dari Tringkap lagi sebelum dapat sampai ke Tanah Rata.  Ini gara-gara kenderaan banyak berhenti di sekitar Kea Farm.  Perjalanan dari Tringkap menuju ke Tanah Rata yang hanya berbelas km saja mengambil masa hampir 1 jam.  

Selepas mendaftar masuk ke Hotel The Cool Point yang sudah ditempah, destinasi pertama adalah Mardi.  Manusia hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.  Sebaik mendaftar masuk saja ke hotel, hujan mula mencurah-curah turun.  Ketika bergerak ke Mardi, hujan masih lagi renyai-renyai.  Sebaik saja kami memulakan 'tour' dengan diiringi oleh pegawai Mardi, En. Yazed, hujan mula mencurah-curah turun.  Akibatnya, separuh ahli 'rombongan' terperangkap di bahagian hadapan pintu masuk Mardi dan sebahagian lagi berlari-larian mencari bahagian berbumbung di bahagian dalam untuk berteduh.  

En. Yazed (berbaju putih) sedang menerangkan tentang Taman Inggeris

hujan-hujan boleh lagi makan ais krim


ada bakat jadi jurufoto

dengan 'kakak-kakak' yang rajin melayan anak-anak saya

di bawah rimbunan bunga-bungaan

Koleksi bunga-bungaan di Taman Mardi.  Begitu banyak bunga-bungaan sehingga tidak dapat mengambil gambar kesemuanya.  Cantik-cantik!  Perempuan dengan bunga memang tidak boleh dipisahkan.  Oh...maafkan saya, tidak semua bunga yang diketahui namanya!



buah vanilla








bunga raya ini sangat besar, sebesar dua telapak tangan yang dicantumkan




Tidak sempat untuk melawat keseluruhan kawasan Mardi.  Nampaknya, terpaksa lagi ke Cameron Highlands di masa akan datang.  

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin