Monday, December 14

Kembara Ilmu - Istanbul11 (Makanan dan shopping)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Catatan akhir Istanbul.

Makanan

Makanan tidak menjadi kesukaran di Istanbul ini kerana majoriti penduduknya adalah Muslim.  Jika makan di luar, kami hanya mencari gerai-gerai kecil di tepi jalan sahaja.  Rata-rata di sini, hidangan utamanya adalah roti dan kebab...ada juga hidangan nasi, tetapi nasinya sedikit berlainan dengan nasi di Malaysia.  Hidangan mereka tidak pedas, jadi setiap kedai menyediakan serbuk cili (chilly flakes) untuk pelanggan yang sukakan pedas.

Setiap kali duduk di meja, mereka akan letakkan roti yang menjadi makanan ruji bagi penduduk di sini.  Berhati-hati, ada kalanya ianya dikenakan bayaran, ada ketikanya ianya percuma, jangan lupa bertanya di setiap gerai yang dikunjungi.

roti 'wajib' :)

Iskender



 


Doner yang bersaiz besar 5TL

Memandangkan ini 'percutian bajet', saya turut membawa bersama periuk nasi kecil, beberapa bungkus beras (setiap bungkus cukup untuk sekali makan) untuk tempoh tertentu untuk kami berempat serta beberapa paket Brahim's kari ayam, ayam masak merah, nasi briyani dan nasi goreng. Ianya dapat mengurangkan 'kerinduan' kepada makanan Malaysia untuk tempoh seminggu berada di Istanbul :D

Pada hari kedua, ketika suami ke kedai runcit sekitar hotel, beliau 'terjumpa' roti canai.  Harganya sekitar 1.++ TL :D  

Roti canai Istanbul :)

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sandwic ikan (Balik Ekmek) yang segar dan sedap di gerai terapung berhampiran Galata Bridge.  Jika tidak silap, harganya 5TL atau 8TL.  Sedap dinikmati dengan air perahan lemon yang diletak bersama ikan tersebut.  Atas nasihat seorang rakan FB, Yeni Doğan, seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Istanbul, kami bawa bersama sos cili untuk menikmati kebab ikan ini :D

Balik Ekmek yang sedap dinikmati ketika panas
minuman jus lemon pelengkap kepada Balik Ekmek
Sos cili Mudim di Istanbul! :D
Ikan dibakar di atas perahu
inilah gerai terapung - ramai pengunjung

Untuk hari terakhir, kami makan di salah sebuah restoren berhampiran hotel.





Bagi peminat kopi, jangan lupa untuk mencuba kopi Turki yang sangat pekat dan 'kaw' ini.  Kopi ini dapat saya rasa ketika tuan rumah conference menyediakannya untuk peserta conference.  Walaupun hanya cawan kecil yang dihidangkan, agak sukar untuk saya habiskan! :D :D 



Sekadar ingin merasa aiskrim Turki... layankan saja 'pertunjukan' peniaga aiskrim tersebut :D Saya sukakan aiskrimnya, sedap dan kenyal tidak cepat cair.  




manisan Turki
mak cik pembuat roti 
Ketika menaiki tram, kami ternampak sebuah restoren Indonesia yang beroperasi berhampiran stesen tram Merkezefendi.  Ianya boleh dilihat dari laluan tram, namun kami tidak berkesempatan untuk merasai makanan di situ.



Shopping

Dari hari pertama tiba di Istanbul, kami melihat dan meninjau kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderamata sambil membandingkan harga.  Deretan kedai dengan pelbagai barangan menggamit setiap pengunjung untuk memasukinya.  Sekali lagi, berhati-hati ketika meninjau kedai-kedai ini. Jangan terpedaya dengan pujukan peniaga yang bermulut manis ketika mempelawa masuk ke kedai mereka.  



Ketika melintasi satu kedai karpet, peniaga mesra menyapa, "Malaysia?"... kami angguk, tiada niat untuk membeli.  Setelah berbasa-basi, beliau menjemput kami masuk ke kedai.

"Come..come inside.. please have a drink..."  Kami menolak lembut, tetapi diajaknya berkali-kali masuk  ke kedai untuk minum sambil 'bersembang'.

Setelah disediakan teh turki yang teramat panas, peniaga tersebut menyuruh pekerjanya membentangkan sehelai demi sehelai karpet di atas lantai.  

"Which one do you like?"  

Kami menggelengkan kepala.  Tidak berminat...

"Please... just choose which one you like..." pujuknya lagi...

"No.. we're not interested to buy any carpet"

Setelah beberapa kali pujukan untuk memilih tidak berjaya, beliau akhirnya dengan masam mencuka menyuruh pekerjanya menggulung semula karpet-karpet berkenaan.  Lalu tinggallah kami terkial-kial untuk menghabiskan teh yang masih panas! :D :D  

Ketika kami keluar dari kedai, tiada lagi sapaan manis darinya... dan kelihatan dia sedang cuba untuk 'memujuk' pelancong lain untuk masuk ke kedainya.  Ketika berjalan selepas keluar dari kedai tersebut, kami tergelak besar dengan gelagat peniaga tersebut :D :D  

Sebelum memulakan perjalanan ke Istanbul, kami banyak membaca tentang tips and trick untuk bershopping di Istanbul.  

1.  Jangan terpedaya dengan pujukan peniaga yang ingin menjual barangan mereka.
2. Jika berminat dengan sesuatu barangan, jangan ditunjukkan minat tersebut.  Berpura-pura untuk melihat barangan lain sehingga ditawarkan dengan harga yang murah.  
3. Tawarlah harga sehingga 50% dari harga asal.
4. Lihat-lihatlah di gerai yang menjual barangan yang sama dan bandingkan harga.

ini yang dicari anak-anak
di kedai Yeni Doğan
manisan Turki
lorong kasut yang dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kasut
lorong karpet
Jika ke Istanbul, ini antara satu lagi kemestian!  Buahnya tahan perjalanan yang agak panjang dari Istanbul ke Malaysia.

buah ceri yang sedap! 1kg 12TL
Crunchy cerry...
Untuk tarbus ini, diperolehi dengan harga 10TL.  Di sekitar Topkapi Palace, saya perhatikan harganya sekitar 30 - 35TL.  



6 kotak untuk 12TL
Dompet - 1TL/setiap satu

Untuk poskad ini, ada kedai yang menjual sekeping 1TL.

Poskad - 4 keping 1TL

Maklumat berkenaan tour dan pembelian di Istanbul banyak dibantu oleh rakan FB kami tersebut. Jazakillahu khairan katheera Yeni Doğan.  Beliau juga mempunyai kedai yang menjual pelbagai  jenis tudung, baju, dan lain-lain berhampiran stesen Tram Fındıkzade.

Pengalaman berada di bumi Istanbul adalah satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Perjalanan 'redah' kami dengan berpandukan peta tram, laluan bas dan feri adalah satu pengalaman yang amat berharga.  Tidak sukar untuk bergerak di sekitar Istanbul kerana jadual perjalanan pengangkutan awamnya adalah teratur dan menepati masa.

Andai dipanjangkan umur dan berkesempatan dari masa dan kewangan, impian perjalanan selain dari tiga tanah suci, Turki ini menjadi destinasi yang berada di dalam priority list untuk dikunjungi pada masa hadapan.  Banyak lagi kisah yang perlu dihayati di bumi ini.

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Salam xik,tumpang tanya ada tak.extra beg dompet istanbul tuh..kawan saya mengidam nak bag tuh..xdak plak org nak pergi istanbul nak kirim..just helping my friend..email me if cik ada ya tq in advanced. syuhana1980@gmail.com

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin