Monday, March 18

Tanda-tandanya...

Kuliah Dhuha, Masjid At-Taqwa, Bertam Indah
160313 / 4 Jamadil Awal 1434

Dari himpunan Hadis Sahih Bukhari

Tanda kiamat kecil

Dari Anas r.a katanya:Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya. - sumber



6 Tanda kiamat besar

Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj" - sumber

1. Timbul matahari dari sebelah barat

  • Dunia bergelapan selama 2 – 3 hari
  • Orang beriman tahu bahawa ini antara tanda besar yang akan berlaku kiamat
  • Pada hari keempat, matahari terbit dari sebelah barat
  •  Manusia akan menjadi kacau-bilau dan ketika itu Allah menutup pintu taubat serapat-rapatnya
  • Untuk matahari tenggelam,

o   mengambil masa setahun
o   keesokannya matahari terbit dan mengambil masa sebulan untuk tenggelam (malam)
o   keesokannya matahari terbit dan mengambil masa seminggu untuk tenggelam (malam)
o   keesokannya matahari terbit dan mengambil masa sehari untuk tenggelam (malam)

  •   Rantaian tanda besar kiamat adalah berturutan antara satu sama lain


2.  Munculnya Ad-Dabbah dari bumi selepas hari ke-4

Dan apabila perkataan (ketentuan masa kehancuran alam) telah berlaku ke atas mereka, Kami keluarkan makhluk bergerak yang bernyawa dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahawa manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat kami –An-Naml : 82
  • Binatang dari tanah
  • Menjerit dengan bahasa yang difahami oleh semua manusia
  • Binatang ini akan berjumpa dengan setiap manusia dan mengeluarkan antara dua benda, cincin nabi Sulaiman atau tongkat nabi Musa
  • Jika tongkat nabi musa dikeluarkan pada manusia itu, wajahnya akan bercahaya dipanggil dengan “ya mukmin”
  • Jika cincin nabi sulaiman dikeluarkan pada manusia itu, wajahnya akan hitam gelap dan dipanggil dengan “ya kafir”
  • Ketika itu hanya ada dua panggilan itu untuk manusia, tiada lagi nama individu


 - kuliah bersambung minggu hadapan


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin