Wednesday, February 20

DIY

Cara mudah, anak-anak juga boleh membuatnya sendiri dengan sedikit pengawasan, jika menggunakan gam panas.  Tempohari saya lekatkan kayu aiskrim di atas kertas keras sebelum membentuknya, kali ini saya mendapat idea mudah dengan menggunakan botol air mineral.  

Botol air mineral 500ml dipotong dua dan ambil bahagian bawahnya saja.  Gamkan kayu aiskrim di sisi botol air itu hingga menutupi semuanya (saya gunakan 23 batang pelbagai warna).

Lebih kemas berbanding sebelum ini dan lebih cepat!  Hiasannya... apa saja yang ada.




Multipurpose...



Saya masih mencari kotak bersegi yang sesuai untuk ditempek dengan kayu aiskrim ini, tidak perlu lagi membentuknya...selamat mencuba!

2 comments:

  1. kotak? aku suka simpan kotak kecil dan sedang utk anak2 bubuh hadiah besday kwn2 or apa saja..pastu balut...la ni kurang kumpul sebab Yah sorg ja..pastu ada tukang koyak kotak pula...kalau nak bole aku tolong selongkar lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pucuk dicita, kotak kecil dalam pejabat habis kena kutip buang masa tengah kemas dulu. Kalau ada nanti, beritahu, boleh singgah uitm. Terima kasih daun keladi... :)

      Delete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin