Thursday, December 27

Belajar menjadi dewasa - Kidzania, KL

Kunjungan yang tidak dirancang.  Tempat ini sangat dicadangkan untuk anak-anak supaya mereka mendapat pendedahan menjadi 'dewasa' dengan melakukan pekerjaan yang biasa dilakukan oleh orang dewasa.  Walaubagaimanapun, bayaran untuk pengunjung dewasa agak mahal (RM35) kerana dewasa tidak dapat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak.  Sangat comel melihat anak-anak kecil memakai pakaian seragam polis, anggota bomba, posmen dan sebagainya.  

Sebaik mendapat tiket, pengunjung diberi 'jam pengimbas'.  Untuk masuk ke ruang kidzania, pengunjung akan melalui 'imigresen' dan di sini anak-anak diberi sekeping cek bernilai 50 Kidzos.  Mereka dikehendaki untuk mendapatkan 'wang tunai' (kidzos) di bank kidzania di dalam denominasi Z1, Z5 dan Z10.  


imigresen

bank





Ruang dua tingkat ini dipenuhi dengan pelbagai outlet yang boleh dicuba.  Antara yang menjadi tumpuan ramai adalah simulator (pilot dan flight attendant), hospital pakar, aiskrim, biskut oreo dan banyak lagi.






Ketika cuti sekolah, hari minggu dan cuti umum, waktu operasi dibahagi kepada dua sesi, dari jam 10pg - 3ptg dan 4ptg - 9 mlm.  Hari biasa adalah 10pg - 5ptg.  Kami tidak sempat menghabiskan kesemua 'pekerjaan' yang ada kerana kesuntukan masa dan masa menunggu yang lama kerana ramai pengunjung.  

Dengan duit yang diperolehi, ada tempat yang mereka perlu bayar (untuk latihan) dan ada juga pekerjaan yang mereka mendapat 'gaji' di atas kerja yang dilakukan.

membuat burger dan boleh dimakan sendiri


Pembaca berita - taklimat sebelum berita bermula


kakak muncul di kaca tv

Hanya kakak dan sepupunya yang menjadi penyampai berita.  Adik tidak mahu, "adik tak tahu nak cerita apa...", katanya.  Puas saya beritahu, adik cuma perlu baca ayat di monitor saja.  Sudahnya, adik hanya menjadi penonton.

Ada videonya, tetapi saya tidak dapat upload di sini.



memasang komponen laptop

Ruang kecemasan

Mereka berpeluang menjadi doktor


Kelakar melihat gelagat anak-anak yang terpaksa mengikut protokol di dalam mahkamah kidzania.  Perbicaraan berlangsung di dalam gelak-ketawa.  





Ini saja yang sempat kami kunjungi di dalam tempoh 4 jam di sana.  Gambar-gambar dari jurugambar professional dapat dibeli dengan harga RM20/keping @ RM50/3 keping untuk seorang kanak-kanak.

Anak-anak sekarang ini sangat bertuah kerana mereka dapat merasai pengalaman bekerja (walaupun bukan sebenarnya) di usia yang masih muda.  Ibubapa dahulu 'bekerja' dengan mendapat upah kerja-kerja kampung sahaja.

Sedikit panduan:
1. Jika ingin berkunjung ke sana, dicadangkan pada hari biasa bukan cuti sekolah kerana masanya lebih panjang berbanding cuti hujung minggu.  
2. Anak-anak yang berumur 7 tahun ke atas akan lebih enjoy setiap aktiviti yang dijalankan. Ada aktiviti yang hanya 4+ tahun saja yang boleh menyertainya.  
3. Ibubapa tidak dibenarkan menyertai ruang aktiviti anak-anak, hanya boleh melihat dari luar dinding kaca.

2 comments:

  1. so pekerjaan apa yg popular with kakak n adik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik nak jadi chef, dan kakak pula detektif (walaupun tak sempat cuba di kidzania)

      Delete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin