Saturday, November 17

Cuti-cuti Malaysia - Selatan

Alhamdulillah, dengan izinNya, kami dapat bercuti-cuti Malaysia ke selatan tanahair pula.  Perancangan yang dibuat merangkumi 5 perhentian, PPinang - Puncak Alam - Muar - Skudai - Rompin - Puncak Alam - PPinang.  Perjalanan kali ini sehingga benar-benar ke selatan tanahair - Tanjung Piai - penghujung benua Asia.  Lengkap sudah jelajah ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, mungkin perjalanan akan datang akan menjangkau Sabah Sarawak pula (sambil menjeling orang sebelah).  



Kami memilih untuk menginap di Homestay (rumah singgah) di ketiga-tiga perhentian kami - Muar, Skudai dan Rompin.  



Homestay Al-Raudah, Muar adalah yang paling disukai oleh anak-anak.  Rumah ini sangat-sangat dicadangkan jika sesiapa yang berminat ingin bermalam di Muar.  Ianya boleh memuatkan beberapa keluarga dengan 3 bilik tidur yang besar beserta dua ruang tamu dengan bayaran RM170/sehari.  Jika keluarga yang ramai, rumah banglo berkembar ini dihubungkan dengan pintu tengah seperti di bilik hotel.  Rumah ini terletak di persekitaran kampung dengan dikelilingi oleh pokok buah-buahan.  
Lokasi koordinatnya : E 102.609194*, N 2.018033*.


Di Skudai pula, kami menginap di sebuah rumah di Taman Universiti.  Rumah ini agak kecil dengan satu bilik tidur utama serta dua bilik dengan katil bujang. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai bajet yang agak terhad untuk menginap dengan bayaran hanya RM150/sehari.  
Lokasi koordinatnya : E 103.623960 N 1.528591.



Di Kuala Rompin pula, Homestay Al-Hana menjadi rumah singgahan kami.  Rumah ini juga agak selesa untuk keluarga yang ramai dengan bayaran RM200/sehari.  Lokasinya sangat mudah betul-betul berhadapan dengan Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kuala Rompin.  Ketiga-tiga biliknya dilengkapi dengan penghawa dingin.
Lokasi koordinatnya : E 103.8222505 N 2.429760


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin