Monday, November 19

Cuti-cuti Malaysia - Nogori Sembilan

Di dalam perjalanan ke Muar, kami singgah di Jelita Ostrich Farm yang terletak di Jalan Seremban - Jelebu (Jalan Pantai).  Menurut sumber, pengunjung dapat menunggang burung unta tersebut.  Agak mengecewakan kerana premis Jelita Ostrich Farm itu tidak dibuka.  Kami hanya meronda sekitar ladang yang dikongsi bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kadar Bayaran 
Bayaran yang dikenakan ialah RM 8 bagi dewasa dan RM 6 bagi kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang


Maklumat Lanjut :-
Jelita Ostrich Farm,
Lot 1504, Batu 6,
Mukim Pantai, Jalan Jelebu
Tel : 06-767 0707






swan hitam - amboi... romantiknya dua sejoli ini

penat kakiku...

Berhenti sebentar di Masjid Negeri berhampiran Taman Tasik Seremban.  Tiba-tiba adik bertanya:

"Kita di mana Ummi?"
"Di Negeri Sembilan"
"Orang Negeri Sembilan cakap macammana ummi?"
"Nogoghi Sombilan" (betul ke cakap saya? hehe)

Masjid Negeri

Kami meneruskan kembara ke Rembau Crystal pula.  Kecewa lagi, apakah ianya ditutup pada hari Ahad?  Melepas juga hasrat untuk menunjukkan kepada anak-anak bagaimana orang membuat perhiasan kristal. (sumber)



Kami tiba di Homestay Al-Raudah menjelang malam.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin