Monday, October 15

Masjid Baru SPU

Masjid Abdullah Fahim adalah Masjid Daerah SPU yang baru sahaja dirasmikan Jumaat lepas.



Dekorasi dalaman masjid ini sangat cantik.  Tandas serta ruang wuduknya ala-ala perhentian R & R yang menyediakan ruang rehat yang nampak moden dan selesa.  Tema interior dalamannya berwarna coklat.  Cantik.


Jika ada yang berkunjung ke Kepala Batas dan ingin mencari masjid ini, lokasinya sangat mudah.  Sesudah keluar tol, ambil kiri dan terus saja, tidak jauh dari tol Bertam. 

Semoga masjid yang besar lagi indah ini dapat diimarahkan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para jemaah.
 

2 comments:

  1. MasyaAllah cantik nya masjid ni kak.... Toilet macam hotel.... Semoga ada manfaatnya dan dipelihara kebersihannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik.. masuk tandas pun macam..'wow'... mujur tak ternganga. Sinkinya juga berjenama mahal :)

      Delete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin