Thursday, August 4

Inilah kisahku...

Ketika tiba di rumah semalam, saya duduk sekejap untuk melepaskan letih mengharungi kesesakan di bulan ramadhan.  TV dihidupkan sambil tangan mencari siaran sesuai untuk ditonton.  Ketika itu, baru bermula siaran "Inilah Kisahku...Catriona Ross" di TV9.  

Beliau menceritakan detik-detik penghijrahan beliau dari seorang yang tidak bersolat sehinggalah bertudung dan mengamalkan gaya hidup Islam.

Yang paling terkesan di hati... apabila beliau bercerita tentang ibunya yang sentiasa berpesan supaya dia mengerjakan solat (ketika itu dia belum bersolat).  Walaupun katanya dia sudah berkahwin dan ada anak, ibunya akan tetap bertanya samada sudah bersolat ke belum.  Ibunya berkata, dia akan menegur anaknya untuk bersolat sehinggalah dia meninggal dunia.  Ibunya tidak mahu malaikat bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak menegur anaknya yang tidak bersolat.  Cat bercerita sambil mengesat airmata yang mengalir perlahan di pipi.  

Itulah perasaan ibubapa kita, walaupun kita sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri, kita tetap masih 'anak-anak kecil' di mata mereka yang perlukan teguran dan nasihat sepanjang masa.

Cuma satu saja pandangan peribadi pada paparan yang saya rasa tidak perlu ditunjukkan di layar tv, sedang Cat bercerita tentang penghijrahannya dari seorang yang tidak bertudung ke bertudung, tv menayangkan pula slot drama yang pernah dilakonkan Cat ketika masih tidak bertudung...tidak sesuai rasanya. 

Semoga Cat terus istiqamah dengan cinta barunya ini dan kekal di dalam penghijrahannya dan begitu juga dengan kita semua (peringatan untuk diri juga).

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin