Saturday, July 23

Jalan-jalan lagi...KLIA

Dari Lumut, kami terus ke selatan, menyusuri jalan lama Sitiawan, Sabak Bernam, Sekinchan, Kuala Selangor sebelum menggunakan lebuhraya yang baru dibuka - LATAR - untuk ke Puncak Alam.  Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam dengan dua kali tersilap jalan.

Keesokan harinya, berada di luar sehingga 12 jam.  Bukan semata berjalan, tetapi mencari barang dagangan juga untuk kedai en. suami kerana ada barangan tertentu hanya dapat diperolehi di Lembah Kelang saja. Sambil menyelam, minum air begitu, harap-harap tidak tersedak, sudah!


Kompleks PKNS.  

Ada barang yang dicari di sana.  Kemudian, singgah di sini untuk makan secara ringan. 


Terasa kurang umpph berbanding dahulu ketika menjamah di sini.  Ada lagi tempat lain yang lebih sedap dari tempat ini.



Solat jamak zohor dan asar di surau Munawwarah di seksyen 13.  Suraunya bersih.  Sesudah bersolat, kelihatan kanak-kanak lelaki (saya agak ada asrama berdekatan) yang lengkap berjubah putih sedang memulakan kelas mengaji mereka agaknya.  Alhamdulillah.


KLIA

Sudah agak lama saya tidak ke KLIA.  Kali terakhir rasanya bertahun dulu ketika menghadiri konferen di Sunway Lagoon Resort.  Pertama kali saya memasuki masjid KLIA yang sangat luas ini.  Kami berhenti di situ ketika waktu asar dan juga maghrib.  Jemaah yang ada tidak begitu ramai, mungkin pada musim tertentu, masjid ini dipenuhi oleh ramai jemaah.




Memandangkan sudah sampai di situ, kami membawa anak-anak 'meronda' di sekitar lapangan terbang.  Turun ke tingkat 1 untuk melihat tren KLIA ekspres itu.

 

Selesai kakak masuk ke dewan berlepas untuk menghadiri mesyuarat di Sarawak, anak-anak nampak pula mainan ini.  Apalagi... jom main!



konon-konon menjadi pilot


jika allahyarham bapak masih ada, tentu beliau teruja dengan model-model kapalterbang ini

Jika sesekali terpandang model kapalterbang, secara automatik, akan teringatkan bapak.  Bapak begitu meminati model kapalterbang, dan begitu mengenali jenis-jenisnya, tidak kiralah kapalterbang komersial atau kapalterbang tentera.


Teringat kembali kenangan bersama allahyarham bapak yang suka membawa kami ke lapangan terbang untuk melihat kapalterbang berlepas dan juga mendarat, ketika itu, kapalterbang tentera di Permatang Kucing, Butterworth.  Ketika anak saudara yang sulung masih kecil, bapak beberapa kali membawanya ke Batu Maung untuk melihat kapalterbang di sebelah pagar landasan.




Ok, kita ke mana pula?

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin