Wednesday, April 20

Belum pasti...

Mode : Rehat sambil beronline (foto : adik)
Petang semalam, perut saya tidak selesa.  Terasa sedikit memulas seperti senggugut dan ada sedikit darah yang keluar.  Hati tidak sedap, terus saya membuat pemeriksaan di klinik.  Imbasan ultrasound yang dilakukan tidak dapat melihat 'kantung' di dalam rahim kerana saiz terlalu kecil (6 minggu).  Cuma pembengkakan rahim kelihatan menandakan saya sememangnya mengandung.  

Kata doktor, kebanyakan kes begini ketika awal usia kandungan menandakan pra-keguguran.  Pemerhatian perlu dilakukan untuk beberapa hari samada darah itu masih berterusan keluar atau tidak.  Jika benar keguguran, 'sarung' anak akan keluar bersama darah, jika tidak, imbasan akan dilakukan samada bayi itu survive atau tidak.  Jika tidak, perlu menjalani proses D & C, satu perkataan yang agak 'menggerunkan' saya kerana saya tidak pernah melaluinya sebelum ini.

Risau? sudah tentu.  Sedih?  Ada juga.  Tetapi, saya cuba yakin dengan ketentuan Allah.  Allah yang memberi pinjaman kepada kita, dan bila-bila masa juga Dia berhak untuk mengambilnya kembali.  Saya cuba redha dengan apa saja kemungkinan yang ada.  Allah mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan kandungan ini.  Saya tidak memohon untuk menyelamatkan kandungan ini, tetapi saya hanya berdoa agar Allah mengurniakan apa yang Terbaik untuk saya dan keluarga.  Jika Allah sudah tentukan, little khalifah ini tidak survive, saya terima, dan jika ianya ditakdirkan dia dapat bersama kami di dunia, Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan untuk saya. 

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin