Ahad, Disember 26

Felda Residence Hot Springs, Sungkai (1)


Alhamdulillah, saya berkesempatan bercuti bersama keluarga ke sini.


Perjalanan menggunakan lebuhraya PLUS dan keluar di susur keluar Sungkai.  Perjalanannya jauh ke dalam kawasan rimbunan kelapa sawit lebih kurang 9 km dari jalan besar.

Kami menginap di villa 2 bilik dengan bayaran RM500.  Jika pergi ke sana pada hujung minggu, bayarannya adalah RM800 (untuk senarai harga, klik di sini).  Villa ini boleh dihuni oleh 4 orang, tambahannya perlu membayar RM60/dewasa dan RM40/kanak-kanak.  Tiket masuk ke hot spring juga disediakan percuma (termasuk di dalam bayaran penginapan).   Jika tidak, bayarannya adalah RM10/dewasa, RM8/kanak-kanak dan RM7/warga emas. 

 villa kami untuk satu malam


 sangat privasi

kolam jacuzzi persendirian untuk penghuni villa

bilik tidur utama


 dapur

 Bilik tidur utama serta bilik airnya sangat besar.  Bilik kedua pula mengandungi dua katil single serta bilik air yang kecil sedikit.  Anak-anak sangat teruja melihat kolam berada di perkarangan villa.  Sebaik menjejak kaki di situ, sudah ingin berendam di dalam kolam itu.  Sabar-sabar.

-bersambung-

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin