Friday, December 10

Bersama berhijrah


Saya ingin berkongsi forum perdana bersempena sambutan Maal Hijrah 1432H di kampus pada hari Rabu lepas.  Ahli panel merupakan ustaz selebriti yang sinonim dengan 'Jus Tok Guru', ustaz Fauzi Mustaffa dan pegawai bahagian pendidikan dari JHEAIPP, ustaz Roslan Che Ros.

 Gambar dari kejauhan

Disamping menyampaikan pengisahan tentang penghijrahan nabi s.a.w, ustaz Fauzi turut menyelitkan panduan untuk ber'hijrah' iaitu perlunya,

1. teman hebat yang dapat menyokong, seperti Ali r.a. yang menggantikan tempat tidur nabi di saat keberangkatan nabi untuk berhijrah serta Abu Bakar r.a yang menjadi peneman baginda yang menahan kakinya di lubang sehingga kakinya dipatut ular ketika berlindung di Gua Tsur. 

2. strategi, untuk ke Madinah di utara, nabi s.a.w bergerak ke selatan ke Gua Tsur dan kemudian menggunakan jalan yang bukan kebiasaan untuk ke Madinah.

3. minta bantuan Allah, hanya Allah yang dapat membantu untuk berhadapan dengan masalah yang timbul hasil dari penghijrahan itu.


Antara lain, perkataan HIJRAH itu sendiri dapat ditakrifkan sebagai:

H : Hati - hati perlu bersih.  Untuk mendidik/melembutkan hati
      1. usap kepala anak yatim
      2. bagi makan orang miskin
      3. ziarah kubur, orang mati untuk mengingati mati
I : Ilmu - untuk berjaya dunia dan akhirat perlunya ilmu.  
J : Jihad - bersungguh-sungguh
R : Rajin
A : Amal 
H : Hindari maksiat

Semoga ada manfaatnya. 

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin