Tuesday, September 21

Teka-teki

Di dalam kereta ketika di dalam perjalanan balik ke rumah semalam, kami bermain teka-teki.  Teka-teki spontan sahaja, apa yang terkeluar dari mulut.  

Abah memberikan satu teka-teki :

Naik bukit turun bukit, naik bukit turun bukit, jumpa ular makan nasi...

Adik menjawab:

Abah ni... ular mana makan nasik...

Hehehe.. ye betul! .

Ada banyak lagi yang diberi, cuba kalau dapat jawab soalan ini:

1. Pokok apa yang tiada daun tiada batang tiada buah tiada bunga (mungkin sudah biasa dengar)

2. Kepala apa yang tiada mata, tiada hidung, tiada mulut, tiada telinga (kakak dapat menjawab dengan betul).

Ketika ada teka-teki lain yang ditanya, adik menjawab,

Adik tau dah semua jawapan teka-teki tu, adik cuma tak larat saja.  Hehehe... sabar sajalah...


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin