Monday, September 6

Bermulanya Konvoi... (2)

Senarai penerima sumbangan.  Peserta konvoi yang benar-benar singgah dan berjumpa dengan tuan rumah hanyalah 7 buah rumah yang 'hard-core' sahaja, manakala yang lain-lain sekretariat hanya singgah dan menghantar sumbangan tersebut.  Ada juga sumbangan berkelompok kepada beberapa keluarga yang dilakukan serentak di satu tempat. 

Peta perjalanan kami


Bersedia untuk bergerak.



Perjalanan ke rumah pertama.  Rumah anak yatim piatu, 5 beradik, lokasinya di Padang Serai. 




Perkarangan rumah pertama.

Proses agihan bermula

Kak Mek yang menjaga 5 beradik ini begitu terharu dengan kedatangan kami.  Yang paling kecil hanyalah berusia sekitar 2 - 3 tahun.  Dua dari anak-anak yatim-piatu ini ditempatkan di sekolah/asrama anak yatim manakala yang tiga orang lagi dijaga oleh ibu/ayah saudara mereka.  Melihat suasana rumah yang serba kekurangan mengundang sayu di hati.  Peluang ini diambil untuk mencium dan mengusap anak-anak yatim-piatu ini. *sedih*.  Tidak sempat mendapatkan maklumat lanjut tentang anak-anak ini kerana kami harus bergerak ke rumah lain pula.


Saya meninggalkan anak-anak ini dengan seribu satu rasa.  Mudah-mudahan kunjungan saya ini bukan yang pertama dan terakhir.


Jom kita ke rumah lain pula.

sempat ke tidak merasa berkonvoi sebegini lagi..InsyaAllah...

Oh suamiku... dipanjatnya bumbung kereta untuk mengambil 'shot' konvoi kereta.  Layankan saja.  Hehehe...






- bersambung -

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin