Wednesday, June 16

Deerland


Deerland ini terletak beberapa minit perjalanan dari Pusat Gajah.  Kami disambut mesra oleh pemilik taman  itu sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad.  Beliau sendiri dengan ramahnya menerangkan setiap haiwan yang terdapat di dalam taman itu.  Katanya, taman ini terbina di atas minatnya yang mendalam kepada haiwan-haiwan ini.


Melangkah ke dalam taman, anak-anak sangat teruja melihat rusa-rusa yang berkeliaran di dalam kawasannya.  Rusa-rusa sedang menanti untuk diberi makan.  Pesan En. Abdullah, kanak-kanak perlu berada di luar kandang rusa untuk diberi makan kerana ketika itu rusa menjadi agresif ketika waktu makan.  Pengalaman yang sangat menarik ketika dikelilingi oleh belasan ekor rusa.


adik sedang memberi makan hirisan keledek yang disediakan oleh pihak taman
comelnya rusa-rusa ini berbaris untuk diberi makan
En. Abdullah sedang menunjukkan demonstrasi memberi makan rusa
burung nuri
burung puyuh putih
rusa Malaysia yang sudah berusia 15 tahun

Gelinya saya... hanya mampu untuk mengambil gambar saja



kata kakak, kulitnya keras dan licin


adik takut-takut berjaya dipujuk oleh kawan saya untuk bergambar dengan ular
bersama beruang matahari

kenangan...


Bayaran yang dikenakan sangat berbaloi, hanya RM5/dewasa dan RM3/kanak-kanak untuk merasai pengalaman memberi makan rusa, memegang ular sawa serta merapati beruang matahari.  Deerland ini dibuka dari 10.30pg - 5.30ptg.

Kami hanya melawat deerland, tetapi tidak menyertai deerland nature.  Kemungkinan satu hari nanti, ingin juga turut serta mengalami pengalaman deerland nature.

Lagi maklumat di sini :

Deerland adalah destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Ia merupakan pilihan tepat kepada para pencinta alam semulajadi. Pelbagai jenis flora dan fauna boleh dinikmati di sini.

LOKASI : BUKIT RENGIT, LANCANG .
DARI TEMERLOH : 35 KM
KELUASAN: 10 ekar

Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara tempat ini. Deerland telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996. Ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan. Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya. Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 'NATURE BACK TO THE NATURE'.
Diantara binatang-binatang yang terdapat di 'ANIMAL WORLD' Deerland adalah Burung Unta, Rusa Timur, Rusa Nilga dari India, Itik Kayu dari Kanada dan banyak lagi.

Pengunjung juga boleh melihat burung-burung liar dari pelbagai spesis yang sentiasa berkeliaran di kawasan ini. Ia amat sesuai untuk peminat-peminat yang meminati haiwan ini.

Pengunjung juga akan dibawa ke 'DEERLAND NATURE'. Di sini mereka akan diperkenalkan kepada pokok herba semulajadi melalui TITIAN HERBA. Pengunjung akan diberi taklimat mengenai herba-herba yang terdapat di sini mengikut kesesuaian umur. Untuk memerhati rusa di habitat semulajadi, pengunjung dibawa bersantai di RAN (Pondok Memerhati). Di sini juga terdapat DEERLAND JUNGLE TEA GARDEN dimana pengunjung boleh menikmati air herba yang disediakan.
Spesimen Herba-Herba Yang Ada :
  • JANGGUT ADAM- guna untuk merawat kencing manis.
  • KACIP FATIMAH- rawat wanita yang kerap lahirkan anak.
  • POKOK PELURUH- rawat wanita mengalami masalah haid.
  • PIKERING- rawat sengugut.
  • PENJARANG-merancang keluarga. 
Aktiviti Yang Disediakan :
  • BELAJAR MENYUMPIT- adakan pertandingan.
  • JUNGLE TRACKING-eratkan silaturahim bersama orang asli.
  • NETWORKING .
  • BELAJAR ASAS MEMERHATI BURUNG.
  • BELAJAR MEMASAK ala hutan di Dataran Sungai Deerland.
  • NIGHT WALKING.
  • MEMANCING.
  • JOGGING
Para Pelawat Perlu Membuat Tempahan Terlebih Dahulu Seminggu Sebelum Tarikh Lawatan
Untuk tempahan/maklumat lanjut, sila hubungi:- En. Abdullah : 09-2779305/012-9627249 atau email:deer_land@hotmail.com

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin