Sunday, December 13

Kursus


Pertama kali menjejakkan kaki ke kampus UiTM Lendu, Melaka, saya terpegun dengan landskapnya yang serba kehijauan bersama dengan tasik buatan yang memisahkan bangunan pentadbiran dan akademik dengan kolej kediaman. 

Selama beberapa hari berada di kampus Melaka Bandaraya Bersejarah ini kerana menghadiri kursus "Training of Trainers" saya mengambil kesempatan bersiar-siar di sekitar kampus yang dipenuhi dengan pepohonan rendang.  Sungguh mendamaikan dengan diselangi dengan hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa.




No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin